Written by Bella | August 29th, 2016

Setelah lama bermain teka-teki mengenai tarikh perkahwinannya, Nazim Othman menerusi akaun Instagramnya semalam mengesahkan beliau bakal berkahwin dengan Bella Dally pada 10 September ini di Kota Kinabalu dan majlis resepsi di pihak Nazim pula akan diadakan pada 17 September di Johor Bahru.

Jelas Nazim, sebelum ini beliau enggan mendedahkan tarikh pernikahan beliau kerana ada beberapa proses persiapan perkahwinan belum selesai.

Saya dengan berbesar hati mengambil kesempatan ini untuk mengesahkan tarikh pernikahan saya bersama @belladally bakal berlangsung pada waktu pagi tanggal 10 September 2016 diikuti dengan majlis resepsi oleh keluarga bakal isteri saya di Kota Kinabalu.

Majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan pada tanggal 17 September 2016 di Johor Bahru. Maafkan saya tidak memberi pengesahan sebelum ini kerana terdapat beberapa proses persiapan yang masih belum terlaksana di waktu itu. Terima kasih atas segala doa yang baik. Semoga Allah permudahkan jalan kami sebagai pasangan suami isteri kelak.

Tahniah kami ucapkan kepada Nazim Othman dan Bella Dally kerana bakal bergelar suami isteri tidak lama lagi. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar dan kami mendoakan pasangan ini kekal bahagia sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Instagram Nazim Othman

7 responses to (TAHNIAH) Nazim Othman Sahkan Bakal Bernikah Dengan Bella Dally Pada 10 September Ini

  1. kobis bunga says:

    Alhamdulillah, lepas ni ramai artis yg HB N Wife pelakon.. so, klu nk berlakon pegang tangan, pelok n dukung pon xde hal.. mcm amyra rosly ngan amar bahrin pon nk kawen dah….

    0

    0
    • minah jambu - safety first says:

      kau ingat mentang2 dh jadi laki bini bila berlakon pengarah nak kasi lakon kan watak pelokkkkkkkkkkkkk aje ! meluat huh !! semoga nazim n bella bahgia n berkekalan n di murah kan rezeki semoga sakses..lov uu..

      0

      0
  2. nasi beriani gam says:

    Tahniah! Semoga kalian berbahagia selamanya….

    0

    0
  3. No way says:

    Tahniah .. Tak sangkakan daripada mereka berdua nie terlibat dalam beberapa drama sekali,Tup tup udah berJODOH … #TurutBahagia . (:

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Suka pasangan ni, bebas dari gosip2 liar….tahniah

    0

    0
  5. joshua says:

    Zaman skrg ni ramai pakai baju melayu sendat2 & seluar pun slim fit, blh nampak kaki kurus…..sama jgk dgn spt yg terlajak laris tu, baju2 dia semua sendat2, mcm pakai baju anak dia pulak.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Nak step sendat padat .biar nampak macho mcm omputih… Tapi sayang dalam seluar benda nya takat 3inci aje. Hahahah melayu melayu

      0

      0