Written by Bella | March 10th, 2016

Pelakon yang kini sedang hangat dengan drama Aku Bukan Bimbo, Nadiya Nisaa mengesahkan dirinya sedang hamil anak kedua.

Berita gembira itu dikongsikan beberapa hari lalu menerusi akaun Instagram miliknya dan sejak itu ucapan tahniah memenuhi ruang komen akaun media sosial beliau.

Bercakap kepada Harian Metro, Nadiya mengetahui dirinya sedang hamil selepas beliau dan suami Saiful Azman pulang bercuti dari Jepun pada penghujung tahun lalu dan kini kandungan beliau sudah berusia 3 bulan.

Usia kandungan saya baru melepasi tiga bulan. Apabila anak sulung, Omar berusia lima tahun, kami memang mahu tambah zuriat. Ketika Omar berusia dua tahun lagi, sudah ramai bertanya. Mungkin ketika itu belum ada rezeki. Apatah lagi saya sibuk dengan penggambaran filem.

Nadiya akui beliau mengalami alahan yang agak teruk kali ini dan banyak rehat di rumah sahaja. Malah, beliau juga merasa agak lesu ketika menjalani penggambaran drama Aku Bukan Bimbo di Korea.

Ketika hamil anak sulung saya tidak mengalami alahan, tetapi kali ini agak teruk. Mungkin saya terlalu kuat bekerja. Memandangkan usia kandungan masih baru, saya kena berhati-hati dan banyak berehat di rumah.

Ketika berlakon dalam drama ABB, baru dapat tahu saya hamil. Mulanya saya tidak mahu berkongsi lagi berita gembira itu tetapi memikirkan soal keselamatan saya maklumkan juga kepada produksi.

Sewaktu menjalani penggambaran di Korea pada Januari lalu, risau juga. Selepas mendapat nasihat doktor baru saya berani dan yakin. Bukan apa, ini pengalaman pertama saya berlakon ketika hamil

Tahniah kepada Nadiya Nisaa dan suami atas kurniaan rezeki ahli keluarga baharu tidak lama lagi. Memang di awal kehamilan Nadiya kena banyakkan rehat agar beliau dan anak didalam kandungan sihat. Semoga segala proses bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Harian Metro

4 responses to (TAHNIAH) Nadiya Nisaa Hamil Anak Kedua : Alami Alahan Teruk

  1. Netizen Terpelajar says:

    Suka tengok Nad’s husband punya tattoos! Cool gila.
    #oops

    0

    0
  2. Anonymous says:

    nadiya pelakon berbakat…bersahaja menjiwai watak,,,,

    0

    0
  3. Anonymous says:

    She’s so loud…berhenti je lah berlakon…

    0

    0
  4. Uzy says:

    Nadiyaa berbakat. Sukatengok dia berlakon cerita XoXo & cinta kamikaze. Selamber je. Lg best dia berlakon dr pelakon baget lawa tp kayu-kayan

    0

    0