Written by AbangNara | December 4th, 2014

Baru mendirikan rumah tangga pada 15 September lalu, Mon Ryanti dan suami telah pun didatangi dengan berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka. Mon Ryanti telah disahkan hamil 2 minggu oleh doktor pada akhir November yang lalu. Alhamdulillah. Murah rezeki dapat mengandung awal.

mon ryanti hamil

Di awal-awal kehamilan ini terutamanya pada trimester pertama diharap Mon Ryanti tidak terlalu banyak membuat kerja berat. Banyakkan berehat. Mon Ryanti juga memaklumkan yang dirinya mengalami ‘morning sickness’ sepanjang hari. Fuh. Dugaan tue. Kata Mon menerusi portal Murai:-

Alhamdulilah saya sudah pun disahkan hamil 2 minggu oleh doktor akhir November lalu. Sebenarnya kami dapat kesan saya hamil setelah saya lambat datang bulan dan telah membuat ujian kehamilan sendiri di rumah.

Memang kami gembira apabila melihat alat ujian kehamilan itu positif tetapi saya tidak mahu terlalu teruja sehingga kami berjumpa dengan doctor dan pihak hospital sendiri mengesahkan kehamilan saya.Tak tahu nak gambarkan bagaimana gembira dan terujanya kami suami isteri.

Saya mengalami alahan yang sangat teruk, bukan sahaja morning sickness di waktu pagi malah ianya kini berlanjutan sehingga seharian. Sekarang ni, apa sahaja yang saya makan pasti akan dimuntahkan kembali.

Malah, saya kini tidak larat untuk bangun pergi kerja dan hanya mahu tidur seharian. Nasib baik pihak Ultra.fm memahami dan beri cara alternative lain untuk saya selesaikan kerja saya.

Pun begitu, saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan sering membantu dan menemani saya ketika ini

mon ryanti

Sememangnya sikap memahami seorang suami amat penting di kala ini. Kena bagi kata-kata semangat. Kena sentiasa rajin tolong buat kerja rumah. Muntah-muntah memang memenatkan. Rasa nak terbaring je. Semoga segalanya berjalan lancar buat Mon Ryanti. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Harga diesel tinggi kerana subsidi masa lalu

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 responses to (TAHNIAH)Mon Ryanti Kini Hamil 2 Minggu

  1. nok gebuzzz says:

    tak berapa kenal sgt…btw,tahniah

    0

    0
    • Abang Jailani says:

      Oh tidal siapa kah gerangan 2 orang hamba Allah ni?
      Tak famous dik… Duduk je diam diam dik..
      Bila baca cerita pasangan pengantin yang bunting pelamin ni, abang terbayang korang turun pelamin je… Terus bertenggek atas satu sama lain…

      Kalau ye pun nak announce kau menggandung, kau tunggu la janin kau dah kuat dalam perut….after 3 bulan kot…

      Oh tidak….. Kenapa bayangan kau bertenggek mengganggu fikiran ku….hahahaha…..

      0

      0
    • MARINA PUKI says:

      MON RYANTI NI YG ATLET SUKAN MEMANAH DULU KE????

      0

      0
  2. rara says:

    tahniah kak

    0

    0
  3. ............ says:

    lari tajuk…aku cek guna clearblue positive 2-3w. pegi clinic, doktor tu cam blur plak sbb dia ckp belum tempoh period sebulan tp dah dpt result positive….pastu dia suh tggu lagi bulan depan baru dtg balik….org lain tahu 2 minggu rilex je……susah hati la… :(

    0

    0
    • wanita says:

      buat ujian darah la. pergi ye BP lab kat mana2. kata nak buat ujian beta hcg. RM30.

      0

      0
    • Anonymous says:

      doctor tu mabuk ketum. lagipun klu ko dh guna clearblue tu confirm la, ko jmp doctor lagi 2-3mggu utk scan..

      0

      0
  4. minah jambu tlajak habis merah says:

    minah jambu cuma bekenan laki dia ajeeeeeee tapi ngan si mon ni minah jambu tk berape nk bekenan terima khaseh aje lah yeeee thank uuuuu..

    0

    0
  5. bukan ckg BM says:

    ayat abg nara mmg ntah apa2
    “Mon Ryanti dan suami telah pun didatangi dengan berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka.”
    haishhhhh. btw, tahniah ya :)

    0

    0
  6. Kak Mala says:

    Biasanya orang tunggu lepas kandungan berusia 12 minggu (3 bulan) baru lah buat pengumuman…

    0

    0
  7. olala says:

    hai abg nara. bukan ke mon ni dah bertudung. tak perlu kot publish lagi gambar x de tudung. concern la sikit pasal orang.

    0

    0
  8. hai says:

    Sapa Mon Ryanti ni? dia terlibat dalam bidang apa ya?

    0

    0
  9. calm says:

    pasangan paling tak dikenali

    0

    0
  10. Anonymous says:

    sepatutnya abg nara bgtau la kat situ yg dia ni dj ultra fm.sebab ramai tak kenal.hadoi..tu pon nak ajar ke??

    0

    0
  11. abc says:

    oo dia seorang pelakon dan juga deejay Ultra.fm,

    0

    0
  12. Susan L says:

    Siapa dia nie ? Btw aku tak paham la kenapa blog nara ni boleh top.. Dahla banyak cerita copy paste, ayat tulisan nara pun takde seni penulisan, gaya penulisan hampeh

    0

    0
  13. ciktahu says:

    actually dah 7 minggu pun kandungan dia. (boleh tengok IG dia) Tapi disebabkan nara ni suka copy paste dari orang, main tibai jela kan~

    0

    0
  14. mail lambung says:

    kuat main sgt tu yg dpt mengandung awal..ape pun tahniah

    0

    0