Written by Bella | August 25th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada Misha Omar dan suami kerana telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka bersama pada jam 10.20 malam semalam.

Misha telah melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.05 kilogram secara normal di Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras, Kuala Lumpur.

Difahamkan Misha mengalami pendarahan selepas menjalani penggambaran muzik video Misha ditemani pengurus yang juga kakaknya, Mimie Omar bergegas ke hospital kira-kira jam 10 malam untuk melakukan pemeriksaan.

Saya bagaikan tidak percaya apabila doktor memberitahu sudah tiba masa untuk melahirkan, sedangkan sebelum ini saya dijangka menimang cahaya mata pada pertengahan bulan depan.

Alhamdulillah dalam suasana panik itu, semua urusan dipermudahkan dan saya selamat melahirkan cahaya mata sulung pada jam 10.20 malam. Saya bersyukur kerana kebetulan suami, Firros Ezzwan Rosly pulang bercuti dan bergegas ke hospital untuk bersama saya ketika menempuh detik menguji itu.

Buat masa ini Misha masih belum memberikan nama kepada bayinya kerana bayi tersebut dilahirkan pra-matang.

Misha minta diberikan ruang untuk menumpukan perhatian kepada anaknya itu yang masih dibawah pengawasan doktor.

Ketika ini, saya dan bayi yang masih belum diberi nama itu berada dalam keadaan sihat. Alhamdulillah, tiada apa yang membimbangkan cuma saya sedang menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baharu ini.

Misha dan Firroz yang juga seorang juruterbang diijab kabulkan pada 2 Mei 2014 di Kota Bharu, Kelantan. Sebelum ini, pasangan itu memiliki dua anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4.

Sumber Berita : BH ONLINE

12 responses to (TAHNIAH) Misha Omar Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

  1. orgtua says:

    Stail rambut pendek mcm lelaki sesuai dgn Misha. Tak ramai artis pompuan yg berani berambut pendek sbb nak tonjol imej feminin atau seksi.

    0

    0
    • anon says:

      tutup kepala/bertudung lagi sesuai. Kalau artis lain cepat aje ko bantai sb tak bertudung, minah gedik ni kenapa tak bantai sekali…

      0

      0
    • rojak penang says:

      At first glance I am guessing, “sapa ka retis lelaki yang nak jadi bapok kali ni?”
      My god. Sorry Misha, gamba paling ataih skali nampak mcam bapok.

      0

      0
  2. mahacheta says:

    Dah kenapa rambut kau macam jantan?

    0

    0
  3. ain suzana says:

    rambut pun nak jd bahan mengata. semoga bayi ini menjadi anak yg soleh.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    jangan pandang rambut dia….pandangla hatii dia…

    0

    0
  5. Anonymous says:

    tak muka bapok pun ada2 je org y hati busuk nih baik gi beli air zam zam bagi bersihkan mana yg ada darah2 beku itam2 kat hati toh kang lama2 simpan bahaya

    0

    0
  6. kutu says:

    katanya lahir pra matang (37 minggu)..for me 37 weeks dah cukup bulan dah..36 weeks pon dah boleh bersalin..kalau 37 weeks tu betul la org dulu2 selalu cakap mengandung 9 bulan 10 hari.

    bila masa anak tu nk keluar adalah aturan dari Allah..Dia yg lebih tahu.

    tahniah misha!!

    0

    0
    • Anonymous says:

      ikut pengiraan sekarang doctor akan tetapkan tarikh due pada minggu ke 40..so kalu lahir minggu ke 37 tu memang kira pra matang la..

      0

      0
  7. Kanji says:

    Misha ni lagi cantik bila rambut pendek mcm ni

    0

    0