Written by Bella | January 13th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Mia Ahmad dan penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan yang sudah sah bergelar suami dan isteri kira-kira jam 10.18 pagi tadi hanya dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah Mia dan Izham berlangsung di Villa Sentosa, Taiping, Perak dan dihadiri 200 orang tetamu teridiri daripada keluarga serta rakan-rakan. Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Abdul Rashid Azidin dengan disaksikan oleh bapa pengantin perempuan Ahmad Baderi.

Mia menerima mas kahwin sebanyak RM 2,000 dan tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki dan dibalas sembilan dulang.

Walaubagaimanapun, pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran perkahwinan.  Pelakon wanita itu kelihatan cukup anggun mengenakan busana yang direka khas oleh Lynda Rahim.

Difahamkan majlis resepsi  di pihak perempuan akan di Taiping Golf & Country Club Perak pada hari Sabtu (esok).

Majlis menyambut menantu pula akan diadakan di Terengganu pada Mac 2017, manakala majlis untuk rakan-rakan di Kuala Lumpur pada penghujung Januari ini.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Twitter tontonMY

12 responses to (TAHNIAH) Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi Sah Bergelar Suami Isteri

  1. kurma taiyob says:

    tahniah IZHAMIA..
    semoga kekal hingga akhir hayat.
    selamat pengantin baru

    19

    0
  2. Anonymous says:

    goal malam ni…………

    3

    1
  3. Anonymous says:

    Sorry tapi Mia nampak lebih matang dari suami. Maybe due to make up lah. Best wishe to them both.

    4

    0
  4. Anon says:

    Tahniah MIA & IZHAM.

    0

    0
  5. chalie chaplin ipoh says:

    Sepak mula! mia menggelecek dari tengah terus ke pertahanan lawan. dan Gol. Izham mudah tewas dibolosi mia. Tamat Masa Mia 3 – Izham 0

    2

    3
  6. Anonymous says:

    Tahniah

    0

    0
  7. Anonymous says:

    cantiknya Mia…congratulations!

    0

    4
  8. anon says:

    lepas kahwin jgn pulak sang perempua yg lebih2 sgt …
    ikut lah cara isteri2 player yg lain tu ..chill je ..

    1

    0
  9. Alhamdulillah, mia ahmad awak memang cantik

    0

    1
  10. HUHU says:

    aku heran betulla dengan orang melayu kita kalau menulis. perlu ke tulis dengan sekali lafaz? kalau 3 kali? kalau 10 kali? perlu jugak nak tulis? seolah2 satu kewajipan pulak dan bangga nya kalau sekali lafaz. kalau banyak kali, malulah pengantin lelaki tu. macam jatuh maruah pulak kalau banyak kali lafaz. cukuplah dengan menulis sah bernikah pada tarikh sekian2. simple. orang melayu memang suka betul dengan benda2 yang remeh temeh.

    2

    0

Leave a Comment

Optional