(TAHNIAH) Lufya Omar Bakal Berkahwin 26 November Ini

Hiburan

(TAHNIAH) Lufya Omar Bakal Berkahwin 26 November Ini

Penyanyi dan pelakon Lufya Omar yang juga merupakan bekas pelajar AF 6 mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November ini.

Advertisement

Menurut Lufya, majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan akan diadakan pada hari yang sama.

Ya, kami akan berkahwin pada 26 November ini. Malah, sejak hujung bulan lalu, kami sebenarnya sibuk mengedarkan kad kahwin. Kami juga sepakat untuk mengadakan majlis nikah dan resepsi pada hari yang sama.

Seperti biasa, Lufya akan mengenakan gaun moden manakala tunangnya pula berbaju Melayu. Namun, busana resepsi perkahwinan Lufya  dan Che Muhammad cukup istimewa sekali sehingga beliau tidak mahu mendedahkan butiran lanjut mengenainya. Lufya ingin ia menjadi kejutan buat mereka yang hadir pada majlis itu nanti.

Bagi majlis resepsi pula, kami akan menggayakan busana yang cukup istimewa. Bagaimanapun, biarlah ia menjadi kejutan buat semua pada majlis itu nanti.

Alhamdullillah dan tahniah kami ucapkan buat Lufya dan bakal suami. Layarilah bahtera rumah tangga dengan baik. Apa agaknya keistimewaan busana pasangan ini pada majlis resepsi nanti ya? Emmmh..

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...