(TAHNIAH)Leez AF Bakal Berkahwin Sabtu Ini

Hiburan

(TAHNIAH)Leez AF Bakal Berkahwin Sabtu Ini

Jutaan tahniah diucapkan kepada Leez Rosli yang dikenali menerusi program realiti Akademi Fantasia yang bakal menamatkan zaman gadisnya pada hari Sabtu ini bersamaan 27 Disember. Untuk makluman anda, si jejaka yang berjaya mencuri hati Leez ialah Aepul dari kumpulan Drama Band. Mereka berdua telah mengikat tali pertunangan pada bulan Disember tahun lalu.

leez af

Advertisement

Pemilihan tarikh 27 Disember ini dimaklumkan oleh Leez selepas sebelum ini beberapa kali menangguhkan majlis pernikahnnya. Kerana kesibukan, majlis resepsi akan diadakan pada bulan Februari tahun hadapan. Tak apalah. Yang penting buat yang wajib dulu. Kata Leez menerusi portal GUA:-

Jika disebut tarikh nikah, pasti ramai yang terkejut kerana ia bakal berlangsung pada Sabtu ini (27 Disember). Saya bukan tak nak ajak, tetapi saya rasa seperti artis suam-suam kuku saja. Jadi jika ajak media pun, tidak pasti sama ada ada yang sudi untuk datang atau tidak. Saya pun apabila berbicara mengenai perihal ini timbul rasa malu pula.

Setelah beberapa kali menangguhkan tarikh perkahwinan, maka kami memilih untuk bernikah dahulu dan majlis resepsinya pula pada diadakan pada bulan Februari tahun hadapan. Jadual kerja yang tidak mengizinkan untuk kami mengadakan majlis resepsi dalam masa terdekat.

gambar kahwin leez af

Suam-suam kuku atau tidak, Leez tetap seorang artis. Tahniah diucapkan atas pernikahan yang bakal berlangsung. Semoga menjadi isteri yang solehah. Selamat menempuh alam rumah tangga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...