Written by Bella | January 30th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Keith Foo yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi selepas isteri tercinta, Kim Raymond kini sah hamil tiga bulan. Bukan isterinya sahaja yang mempunyai alahan malah Keith turut merasakan perkara yang sama dan turut mengidam untuk memakan coklat setiap hari.

Secara tiba-tiba, saya mengidam coklat setiap hari. Walhal sebelum ini, saya tidak sukakan makanan manis-manis.

Isteri pula lebih sukakan makanan masam seperti jeruk. Nasib baik berat badan saya tidak bertambah kerana masih bersenam. Namun, ia satu perjalanan dan pengalaman paling indah buat kami berdua.

Keith memberitahu beliau mahu untuk berehat seketika daripada aktiviti seninya dan mahu menjaga serta memberikan tumpuan terhadap kesihatan Kim yang sedang berbadan dua.

Semoga dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi akan menambahkan lagi kasih sayang antara Keith dan Kim.

Sumber Berita : Kosmo Online

2 responses to (TAHNIAH) Keith Foo Bakal Bergelar Bapa

  1. Anonymous says:

    cantik tatu Kim :)

    1

    0
  2. az says:

    mengidam mkn coklat? bestnya mkn cokelat hari2. tu bkn mengidam namanya tu tapi ketagih.. hahaha..
    btw.. congrats kim n keith

    0

    0

Leave a Comment

Optional