Written by Bella | July 28th, 2015

Pengacara saluran GoShop juga penyampai radio Ultra FM, Jimmy Shanley baru-baru ini telah menimang seorang lagi cahaya mata. Berita gembira ini diketahui hanya daripada tetamu yang menghadiri majlis cukur jambul puteri beliau.

Sebelum ini, Jimmy ada memuat naik beberapa foto bayi di akaun Instagram miliknya tetapi tiada sesiapa yang pasti adakah bayi tersebut anak Jimmy meskipun ada antara pengikut beliau mengucapkan tahniah menerusi ruang komen.

Bayi perempuan ini merupakan anak bersama isteri Mariam Jamilah Abdul Jalil. Jimmy juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Zahra hasil perkahwinan bersama bekas isteri, Nursuhaila Eliana Suhaimi.

Tahniah kami ucapkan kepada Jimmy Shanley dan Mariam, semoga selepas ini kasih sayang anda berdua akan bertambah dengan kehadiran orang baharu didalam keluarga.

Sumber Berita: Media Hiburan

6 responses to (TAHNIAH) Jimmy Shanley Timang Cahaya Mata Perempuan

  1. cik piNgu says:

    “jimmy timang cahaya perempuan”

    apa yg cahaya perempuan.. laju abg nara taip sampai lupa letak “cahaya mata perempuan”…

    0

    0
  2. cikna says:

    bella bella bella….selalu ade je silap kt tulisan die nih…spm bm dpt brpe ni weh…..

    0

    0
  3. ila says:

    alaa..biasa la tu…dia Pn mesti x terperasan…kdng bila DA tgok ejaan tu memang DA betul…tp tetap terselit kesalahan…bak kata pepatah… ” tiada yg s
    empurna”

    0

    0
  4. anon says:

    comel wife die

    0

    0
  5. Azman Zainal says:

    Jimmy kalau lu dpt baca ni… gua ucap tahniah pada lu… Semoga lu berbahagia disamping keluarga… Ingat Allah sentiasa bro…. So happy for you… Jgn lupa Zahra gak yea…

    0

    0