Written by Bella | March 10th, 2016

Tahniah diucapkan kepada Sam Bunkface kerana bakal bergelar bapa tidak lama lagi setelah isterinya, Aida Azira Husin sah hamil tiga bulan.

Sam menerusi portal BH ONLINE memberitahu beliau cukup teruja untuk menantikan kelahiran anak sulung mereka sekitar bulan September nanti.

Sekarang Aida sedang hamil tiga bulan. Perasaan saya sudah tentu seronok dan teruja kerana selepas hampir setahun menunggu, akhirnya saya bakal dikurniakan cahaya mata. Setakat ini isteri saya tidak mengalami alahan teruk. Setakat muntah-muntah itu adalah perkara biasa.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Sam dan Aida belum mengetahui jantina anak mereka dan tidak kisah akan perkara berkenaan asalkan bayi didalam kandungan sihat.

Sam kini menjaga isterinya dengan baik dan cuba untuk melakukan apa sahaja yang dinasihatkan oleh doktor selain membaca buku mengenai keibubapaan.

Saya ada juga membaca buku mengenai keibubapaan, tetapi saya lebih suka mengikut apa yang disarankan doktor. Kalau ikutkan pesanan kawan-kawan, rata-rata mereka berkongsi banyak pantang-larang. Itu tak boleh makan, ini tak bagus.

Tetapi apabila saya merujuk kepada doktor, mereka tidak sekat pun. Cuma, kata mereka, kalau hendak makan, janganlah terlalu banyak.

Alhamdullilah, sudah tiba rezeki untuk Sam dan Aida menimang cahaya mata. Semoga bayi dan ibu sentiasa sihat.InshaAllah.

Sumber Berita : BH ONLINE

3 responses to (TAHNIAH) Isteri Sam Bunkface Hamil 3 Bulan

  1. Anonymous says:

    tahniah!!

    0

    0
  2. Anonymous says:

    congrats!..best nye

    0

    0
  3. anon says:

    tahniah juta-juta..aku memang suka sangat tengok couple ni..sweettt sangat..wife sam lepas bertudung sangatlaa kiut.

    0

    0