(TAHNIAH) Isteri Fad Bocey Hamil Kali Kedua

Hiburan

(TAHNIAH) Isteri Fad Bocey Hamil Kali Kedua

Tahniah kami ucapkan kepada pelawak, Fad Bocey yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi selepas isterinya Syaheera kini sedang berbadan dua. Fad mengumumkan berita gembira itu dengan memuat naik foto imbasan kandungan isterinya di Instagram.

Advertisement

Syukur alhamdulillah,rezeki Allah untuk kami lagi. Adakah kembar girl kali ni.

Peminat nyata cukup gembira mendengar berita tersebut dan ruangan komen di Instagram Fad penuh dengan ucapan tahniah dan mereka turut berdoa agar pasangan ini sekali lagi dikurniakan cahaya mata kembar.

Fad dan isteri sebelum ini dikurniakan anak kembar lelaki, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan  yang dilahirkan pada 11 Disember 2015. Apa-apa pun, kami mendoakan agar ibu dan kandungan berada didalam keadaan sihat. Siapa tahu mungkin hasrat Fad dan isteri untuk sekali lagi menimang cahaya mata kembar akan termakbul?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...