Written by Bella | May 31st, 2015

Penyanyi Alif Satar telah bergelar bapa setelah isterinya Sha Dila telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan  dengan berat 3.24 kilogram yang diberi nama Alisha pada jam 9.25 pagi tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Berita tersebut telah disampaikan sendiri oleh Alif dan Sha di akaun Instagram masing-masing dengan memuat naik foto bayi mereka.

Amanah dan anugerah yang diberikan oleh Allah SWT kepadaku dan suami. Sebak hati ni nak gambarkan perasaan sekarang. Inshaa Allah akan ku jaga bayi ini sebaik mungkin, ya Allah ya Tuhanku. Alhamdulillah and thank u all for your beautiful doa and wishes.

Ramai peminat yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga dan tidak sabar untuk melihat lebih banyak lagi foto Alisha selepas ini.

Tahniah juga daripada kami di BeautifulNara kepada Alif Satar dan isteri atas kehadiran cahaya mata sulung mereka. Semoga bayi dan ibunya berada dalam keadaan sihat dan InshaAllah pasti pintu rezeki dan kebahagiaan akan terbuka luas buat keluarga ini.

Sumber Berita: Instagram Alif Satar & Instagram Sha Dila

2 responses to (TAHNIAH) Isteri Alif Satar Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

  1. Pu3cayang says:

    TAHNIAH!!!

    0

    0
  2. dddd says:

    2nd comment.. Tahniah.

    0

    0