(TAHNIAH) Haziq AF4 Bakal Bernikah Jumaat Ini

Hiburan

(TAHNIAH) Haziq AF4 Bakal Bernikah Jumaat Ini

Masih ingat tak anda dengan salah seorang pelajar Akademi Fantasia yang sungguh merdu suaranya  apabila menyanyikan lagu irama asli cukup dengan lengoknya sekali. Siapa agaknya ya? Rasanya ramai sudah boleh meneka nama pelajar tersebut iaitu Haziq Rosebi atau lebih dikenali sebagai Haziq AF4.

Advertisement

Hari Jumaat ini, Haziq akan menempuh fasa baharu dalam hidupnya apabila beliau memberitahu bakal bernikah dengan gadis pilihan hatinya, Maisarah Mohd Sidki selepas hampir 4 tahun menyulam cinta.

Sudah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2014, majlis pernikahan mereka akan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. Haziq akan menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pengantin perempuan.

Insya-Allah saya sudah bersedia untuk memikul tanggung jawab sebagai suami. Kehidupan saya nanti pastinya akan bertukar 360 darjah. Harap semuanya akan berjalan lancar. Adalah serba sedikit pihak yang sudi menaja termasuklah Qaseh Aswana Bridal di Sentul. Konsep majlis nikah nanti macam pernikahan orang lain. Cuma majlis sanding sahaja kami pilih tema moden.

Majlis persandingan mereka pula akan diadakan pada hari Sabtu ini di sebuah dewan yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Selepas itu, kedua mempelai akan diraikan sekali lagi pada 7 November hadapan di kampung halaman Haziq di Melaka.

Pada hari Isnin minggu depan, Haziq dan Maisarah akan memulakan percutian bulan madu mereka di Bali yang telah ditaja oleh JetWorld Holidays Travel & Tour Sdn Bhd.

Tahniah kami ucapkan kepada Haziq AF4 dan pasangan, semoga segala persiapan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...