Written by Bella | January 15th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Hazama yang sudah selamat diijabkabulkan bersama pemuzik Genervie Kam pada jam 10.30 pagi tadi di sebuah villa terletak di Gombak selepas hampir lima tahun bercinta.

Majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat. Genervie menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran tidak dinyatakan.

Ini adalah pilihan Hazama sendiri yang mahukan majlis yang kecil dan ringkas serta mengutamakan perkara yang wajib sahaja untuk bergelar suami isteri.

Ini adalah permintaan saya dan keluarga kedua-dua belah pihak pun bersetuju dengan melakukan apa yang wajib saja.

Cukuplah sekadar majlis ringkas untuk meraikan saya dan isteri. Penyatuan ini cukup memberikan kebahagiaan bermakna walaupun tanpa kenduri besar-besaran.

Alhamdullillah perancangan mereka untuk berumah tangga berjalan dengan lancar. Semoga perkahwinan Hazama dan Genervie Kam kekal sehingga akhir hayat. Amin..

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Instagram Official Hlive

15 responses to (TAHNIAH) Hazama Dan Genervie Kam Sah Bergelar Suami Isteri

  1. bedah says:

    Yeay! FIRST !!!!

    1

    4
  2. LoveHazama says:

    Tahniah Hazama dan pasangan.

    29

    0
  3. johnny bravo says:

    hmm….dah jodoh dia dgn amoi tua & tak lawa kan…

    0

    50
  4. Anonymous says:

    Genervie ni cantik sebenarnya walaupun sedikit berusia dari Hazama tapi mungkin solekan itu buatkan dia Nampak sangat tua. Solek & pencahayaan main peranan besar kalau ambik gbr tau…kesian dia…jadi mangsa

    8

    0
  5. iolspompuan says:

    muka purple! sian photographer nak kena edit. sape la wedding planer letak lampu camgitu…kih3

    0

    0
  6. jejai says:

    genervie ni dulu selalu joint show dgn faizal tahir, so penah jumpa dia byk kali dan bercakap….seriously dia ni mmg ramah & baik, fasih berbahasa melayu, takat muka nampak tua tu soal kecik sgt yg penting hati dia mmg baik….

    12

    0
  7. Aku la sapa lagi says:

    Tua pn ok what…. Nabi Muhammad S.A.W pn kawin dengan wanita yang lagi tua daripada dia… Apa nak kalut…….
    Biaq kawin tua daripada tak kawin, dan tak pernah merasa nikmat berumahtangga…

    4

    0
  8. Putri bunian says:

    honestly,

    i pernah jumpa face 2 face dgn both of them. si Genervie ni sweet n x tua and dia memang cantik…. maybe pic nikah ni @ bju dia nampak tua.

    *jumpa depan2 baru komen ok.

    6

    0
  9. Shhh says:

    aku rasa pelamin skrg ni suka pakai lampu yg terlalu terang kkdg kita nmpk depan cntik bila dalam gambar hasil dia kurang menarik…kena cri photographer yg bgus untk nmpk pengantin lebh mnyerlah..salah pengantin jugak..tk pandai pilih mgkin lah//kalo dh baju putih..pelamin lbh kurang warna sama..tu sbb pelamin jdi mcm tu…pengantin tenggelam…

    0

    0

Leave a Comment

Optional