(TAHNIAH) Harith Iskander Dinobat Individu Paling Kelakar Dunia, Bawa Pulang Wang Tunai RM444,000

Hiburan

(TAHNIAH) Harith Iskander Dinobat Individu Paling Kelakar Dunia, Bawa Pulang Wang Tunai RM444,000

Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada Harith Iskander yang dinobatkan sebagai individu paling kelakar di dunia apabila menjuarai pertandingan Funniest Person In The World yang berlangsung di Hullu Poro Arena, Levi, Finland, semalam.

Advertisement

Harith juga turut berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlan RM 440,000 dan diberikan peluang untuk mengadakan siri jelajah di Amerika Syarikat.

Kemenangan Harith diumumkan menerusi akaun Twitter rasmi penganjur, Laugh Factory.

Untuk pengetahuan anda, Harith berjaya bersaing dengan empat lagi pelawak dunia iaitu Alex Calleja (Filipina)Katerina Vrana (Greece) , Mino van Nassau (India) dan David Kilimnick (Israel).

Harith meraih 3.8 juta undian menerusi persembahan terakhirnya pada 8 Disember lalu.

Sekali lagi kami ucapkan tahniah buat Harith Iskander atas pencapaiannya itu. Harith membuatkan ramai rakyat Malaysia bangga kerana pada masa yang sama mengharumkan nama negara di mata dunia.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...