Written by Bella | June 5th, 2015

Hanis Zalikha telah sah bergelar isteri kepada Hairul Azreen hanya dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Bukit Jelutong pada jam 3.50 petang tadi.

Hanis telah menerima mas kahwin bernilai RM 300 serta wang hantaran berjumlah RM91,019.90, yang memberikan simbolik tarikh lahirnya sendiri iaitu 9 Oktober 1990. Pihak pengantin wanita menyerahkan 11 dulang hantaran berbalas jumlah yang sama daripada pihak pengantin lelaki.

Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar dan ini fasa baharu yang akan ditempuhi saya bersama suami. Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma semestinya memberi sisi tersendiri buat kami berdua. Terima kasih kepada yang sudi hadir.

Sanak saudara dan juga rakan selebriti seperti Diana Danielle, Yasmin Hani dan Datin Nina Juren turut hadir dalam majlis yang cukup meriah dan menjadi saksi ikatan cinta dua hati yang telah menjadi satu.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh  bapa Hanis sendiri iaitu Zainal Rashid Mohd Zain sambil disaksikan Imam Kedua Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Ustaz Mohd Syuhud Razali selepas solat Jumaat pada jam 3.50 petang. Majlis resepsi mereka akan dilangsungkan tanggal 14 Jun ini di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Tahniah dan selamat pengantin baru buat Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, semoga kekal sehingga akhir hayat. InshaAllah.

Berikut kami sertakan beberapa foto sekitar majlis akad nikah Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Lihat dengan membaca entri ini sepenuhnya.







35 responses to (TAHNIAH) Hanis Zalikha Sah Bergelar Isteri Kepada Hairul Azreen Dengan Sekali Lafaz

  1. Gadis says:

    Elok la sikit ajak mak duduk sebelah. Takdak la berdamping dgn bridesmaid yg mekap over kalah pengantin. Baguihhhh.

    0

    0
    • jue says:

      mak suka attention mmg nak la dduk sekali. klau yg jenis low profile mn nak..

      0

      0
      • Anonymous says:

        Backdrop belakang pelamin tu semakkk! Nape letak bunga2 mcm tu?? Huduh..

        Haii mak hanis, org komen majlis kenduri anak awk jgn melenting pulak ye, dulu awk suka kutuk kenduri kawen org kan..

        0

        0
      • Nora says:

        Bukan selalunya mak pengantin memang duduk sama ke? Adik beradik perempuan saya semua bila nikah dulu, mak kami duduk sama di pelamin/kusyen.

        0

        0
  2. mun says:

    tahniah

    0

    0
  3. Anonymous says:

    cantikkk.. kaler pun nice

    0

    0
  4. lita says:

    pecah virgin lah si hanis tu mlm ne. hehe

    0

    0
  5. GigiKuning says:

    tahniah.. cantik kek nis

    0

    0
  6. gembil says:

    tahniah…tapi muka haniz biasa2 jer,wajah seri pengantin belum naik lagi kot..

    0

    0
  7. Ruz says:

    Kenapa la orang kita tak sudah dgn seri pengantin? Kalau org tu penat siapkan majlis, tidur tak cukup lagi, dengan gemuruh lagi, tak nampak ke seri pengantinnya? Tengok Hanis ni cantik je. Molek sopan. Karang terkinja terlebih seri orang ckp lain pulak

    0

    0
  8. Anonymous says:

    to anon 4.24 pm,,

    ape motif ko cakap mcm tu ? salah ke anak pmpuan yang bakal menikah ajak mak dia dok sebelah time akad nikah? aku nikah dulu pun mmg nak mak aku sendiri yang dok sebelah.. tak nak org lain sebab mmg aku syg mak aku sgt2..agak sedih la sebab dah nak jadi isteri org..pehal yang ko ckp mak yg attention seeker je nak dok sebelah anak time nikah? mulut tu jgn nak laser sgt weh.

    0

    0
    • Anonymous says:

      betol tuu.. anon tu ada masalah mental kot.. mak dok sebelah pun jd hal ada ke dkata suka attention..

      0

      0
  9. Anonymous says:

    to JUE 4.24 pm,,

    ape motif ko cakap mcm tu ? salah ke anak pmpuan yang bakal menikah ajak mak dia dok sebelah time akad nikah? aku nikah dulu pun mmg nak mak aku sendiri yang dok sebelah.. tak nak org lain sebab mmg aku syg mak aku sgt2..agak sedih la sebab dah nak jadi isteri org..pehal yang ko ckp mak yg attention seeker je nak dok sebelah anak time nikah? mulut tu jgn nak laser sgt weh.

    0

    0
    • makmaniover says:

      Jgn mara2… I rasa si pengomen tu tadi.. komen sebab knowing mak dia yg perangai ada sedikit hmmmm x tau nak describe… tp jenis suka kondemn org… g kenduri org kondem makanan kenduri org tu… kondem itu ini… kalau rajin baca blog dia akan tau la perangai mak dia ni… tu yg org meluat dekat mak dia….

      0

      0
  10. ann says:

    kayo juga si hairul ni ya… smpi 91k tu duit hantaran… pe pun barakallah…

    0

    0
  11. KEKNIS says:

    wang hantaran i berjumlah RM91,019.90

    0

    0
  12. KEKNIS says:

    wang hantaran i berjumlah RM91,019.90

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Sorry….
    pengantin cantik kedue2
    tp macam ade yg x kene dgn pelamin
    bunge2 tu mcm serabut sikit….
    lps tu warne bunge2 tibe merah cam tu n tergantung kat situ…
    huhu…just my opinion.
    tp x pe…yg penting selamat diijabkabul dah.
    alhmdllh

    0

    0
  14. ct says:

    ni majlis kawen ke pameran pengantin ni..pelik nor pelaminnye…kui3…

    0

    0
  15. minah kepoh says:

    KALO TGK MUKA,NAMPAK HAIRUL TU MUDA SGT. MACAM BUDAK PON ADA. NI KALO LAMA2 NI,HANIS AKAN NAMPAK LAGI TUA. SBB SKG PUN MUKA DEPA NMPAK CAM HANIS TUA CIKIT.DEPA SEBAYA KA?

    0

    0
  16. zieta says:

    mari kita bersangka baik dlm segala hal….

    0

    0
  17. Anonymous says:

    Nice

    0

    0
  18. tanpa nama says:

    kahwin sultan nazrin nagan tuanku zara gak jadi idaman kalbu aku..simple jer n amat cantik !

    0

    0
  19. tanpa nama says:

    perkahwinan sultan nazrin ngan tuanku zara gak menjadi idaman kalbu aku..*tetibe

    0

    0
  20. makmaniover says:

    So makcik over…. berapa ramai jemputan yg menang kad kawen hanis hasil belian tonjours ke apa ntah tu…? Hahaha lawak la maknani…. kad kawen pun nak jual ka…? Bajet anak makcik ni popular sangat ka..? Habis lah ko khairul…. lepas ni boleh la bawak mak nani jalan2 london lagi ye… maknani suka sungguh london… tapi keluarga sendiri jgn lupa ye.. depa pun mesti suka dapat jalan2 kat lomdon… btw..rumah kat seri kembangan tu maknani dah p ke…. dia belum update lagi kat blog tu… nak baca lah jugak kan apa dia nak komen or condemn… hehehe

    0

    0
  21. Lobak Hangus says:

    Orang lain yang kahwin, orang lain pulak yang kondem bersungguh-sungguh. hahaha

    0

    0