(TAHNIAH) Hafiz Hamidun Sah Bergelar Suami Kepada Joy Revfa

Hiburan

(TAHNIAH) Hafiz Hamidun Sah Bergelar Suami Kepada Joy Revfa

Tahniah kami ucapkan kepada Hafiz Hamidun yang sudah sah bergelar suami kepada pengasas kosmetik terkenal, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin hanya dengan sekali lafaz kira-kira jam 3.20 petang tadi.

Advertisement

Hafiz dan Joy dinikahkan oleh Imam Masjid Tun Uda, Firdaus Subhi dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di Dewan Masjid Negeri, Shah Alam.  Majlis mereka dihadiri oleh keluarga serta rakan terdekat kedua-dua belah pihak.

Joy menerima mas kahwin RM 1000 tetapi pasangan ini enggan memberitahu jumlah wang hantaran.

Pengantin lelaki  menyerahkan tujuh dulang hantaran dibalas dengan sembilan dulang daripada pengantin perempuan. Kedua-duanya mengenakan persalinan warna putih hasil rekaan, Cosry.

Selamat pengantin baru kami ucapkan kepada Hafiz dan Joy. Kami mendoakan agar perkahwinan mereka berkekalan sehingga akhir hayat dan sering dilimpahi dengan kebahagiaan. Amin..

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Rio Production

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...