(TAHNIAH) Fizz Fairuz Sahkan Almy Nadia Sedang Hamil

Hiburan

(TAHNIAH) Fizz Fairuz Sahkan Almy Nadia Sedang Hamil

Sekitar minggu lepas, timbul khabar angin mengatakan aktres Almy Nadia kini sedang hamil anak kedua apabila sering memuat naik foto makanan masam di akaun Instagram miliknya.

Semalam, Fizz sendiri mengesahkan bahawa beliau dan Almy bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Fizz menjelaskan beliau tidak pernah berniat ingin merahsiakan kehamilan Almy tetapi menunggu keputusan rasmi daripada doktor.

Advertisement

Pada awalnya saya tidak mahu cerita terlalu cepat kepada umum kerana tunggu pengesahan daripada pihak doktor dahulu. Apabila dapat keputusan daripada doktor baru saya berani nak kongsi berita gembira ini kepada peminat.

Fizz dan Almy tidak pernah merancang untuk mendapat anak kedua secepat ini dan menerima setiap rezeki dengan tangan terbuka.

Saya sememangnya tidak rancang untuk dapat baby baru. Manalah tahu jika rancang, tiba-tiba isteri tak diberi peluang untuk mengandung lagi ke kan…sebab kita tidak boleh tahu kuasa Allah SWT.

Tahniah kami ucapkan buat Fizz dan Almy, semoga ibu dan kandungan berada dalam keadaan sihat sentiasa. Lebih meriah la keluarga mereka selepas ini.

Sumber Berita: Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...