Written by AbangNara | January 12th, 2015

Semalam selepas beberapa bulan tidak menonton Melodi, Abang Nara tertengok juga rancangan penuh sensasi tersebut. Fuh~~ Banyak kisah-kisah panas yang dipertontonkan. Namun hanya satu yang menarik perhatian Abang Nara. Tak lain tak bukan ialah jantina anak di dalam kandungan Almy Nadia yang kini sudah pun masuk bulan ke 8.

fizz fairuz dan almy nadia

Fizz Fairuz telah memaklumkan yang berdasarkan pemeriksaan dan ‘scanning’ yang dilakukan, mereka berdua bakal menimang cahaya mata perempuan. Alhamdulillah. Sebenarnya kalau bab-bab anak ini tak kisahlah anak lelaki ke anak perempuan, yang penting sihat tubuh badan. Tetapi kalau dah tahu awal senanglah sikit. Boleh buat persediaan apa yang patut. Nama pun boleh mula buat ‘shortlist’ dah.

fizz fairuz dan almy nadia

Tak sabar rasanya Abang Nara nak menatap wajah ‘baby girl’ hasil perkongsian hidup Fizz Fairuz dan Almy Nadia. Mesti comel macam emaknya. Diharap segalanya berjalan lancar sehingga ke hari kelahiran kelak. Semoga segalanya dipermudahkan buat Almy. Sama-samalah kita doakan. Amin.

P.S: Apabila skeleton buat aksi gadis-gadis di Instagram

5 responses to (TAHNIAH)Fizz Fairuz & Almy Nadia Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

  1. cik jah says:

    Tahniah Fizz & Almy

    0

    0
  2. cik puan nora says:

    diaorang dah umum kat meletop kot sblm nih masa tu almy 5/6 months pregnant..tertinggal ketapi eh??

    0

    0
  3. anon says:

    Almy nampak tembam, kene jaga makan kalau tak lepas bersalin susah nak turun tubuh…anyway congrats….

    0

    0