Written by Bella | August 1st, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada Fara Fauzana ataupun lebih mesra disapa Fafau kerana bakal menamatkan zaman bujangnya bersama seorang ahli perniagaan pada 17 September depan.

Difahamkan Fafau dan lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Hafiz bakal mengadakan majlis raja sehari mereka di Dewan Mustapha Kamal, Neo, Damansara, Selangor.

Majlis nikah bakal bermula jam 9 pagi diikuti dengan majlis resepsi pada pukul 12 tengah hari ditempat yang sama.

Fafau dan Hafiz mula berkenalan sekitar dua tahun lalu dan perkenalan mereka itu diaturkan oleh rakan mereka.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Fafau sendiri menerusi satu sidang media khas yang berlangsung tengah hari tadi.

Akhirnya Fafau telah bertemu dengan seseorang yang sesuai buat dirinya. Semoga segala persiapan pernikahan mereka berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Utusan Online & Media Hiburan

33 responses to (TAHNIAH) Fara Fauzana Bakal Bernikah 17 September Depan

  1. Markonah Al-Hingos says:

    xsangka taik idong kering saye ni melekat kat tudong fafau semalam..

    0

    0
  2. Karim bin Zema says:

    Blog hiburan paling lembab dan memcari publisiti murahan di facebook. Sampah

    0

    0
  3. Orinoco says:

    Congrats fafau. Bagus nye tak canang cerita cinta merata rata. Nak kahwin baru cerita.

    0

    0
    • yoyo says:

      lagipun kak fafau pnh ckp dlm melodi..die cari llk yg blh masuk dgn fmly die..dan bkn sng ye nk jmp ciri2 llk cmtu.. tahniah kak fafau..akhirnye bertemu dgn llk yg sesuai..

      0

      0
      • live well says:

        boleh masuk ke x kena tgu lepas kawin beb…selagi ko lom dok serumah dgn laki tu toksah canang la mcm2….tgu dan lihat dan rasain baru ko tau cemana pahit manis alam rumahtangga..

        0

        0
        • anonymous says:

          tul tu…x yah kuar kan apa2 statement….sbb takdir ni bukan kita yang tulis….tak yah nak muji2 sgt…sesuai la …boleh masuk la…boleh ngam la….why not just go thru je….kalau apa2 jadi takde sapa nk kecam…

          0

          0
  4. Encik Hairan says:

    congrats Fafau. Semoga kekal ke akhir hayat

    0

    0
  5. Sabri Ali @ Nick says:

    Tahniah Fafau.. Lagipun dah umo 36 tahun..

    0

    0
    • minah jambu says:

      tapi kalau fafau dh kawin nanti jngan pulak fafau ajak laki gi main bowling pakai jubbah tau..pakai pakaian yg sewaktu dngan nye ok..semoga bahgiaaaa..

      0

      0
      • Anonymous says:

        aku tetiap jemahat time break 2 jam selamba je main boling pakai baju kurung. apedehallllllll

        0

        0
        • Anonymous says:

          boleh je nak pakai apapun. as long as tak menyukarkan pergerakan kan. every comment pun nak bash org pakai jubah nayalah. aku tak suka berjubah pun takda nak kritik dressing others. haihh

          0

          0
        • anonymous says:

          org melayu ni apa ada kesah..ada je buat snorkling pakai jubah….tudung labuh…adoyai…agak2la kalau nak islamic pun..biar kena baju dan kena tempat baru tak kena kecam…Islam tak melarang untuk beriadah tapi biarlah sesuai gaya dan tempat sbb Islam is the first class!

          0

          0
  6. el says:

    kan cantek pakai tudung labuh dengan baju longgar macam ni, nampak kelembutan wanitanya

    0

    0
  7. anon says:

    Hmm….finally ada jgk org nak kat anak dara tua ni, ingatkan tak kawen dah…

    0

    0
    • Anak mak kuntum says:

      Dia ank dara tua tp duit byk kete rumah suma ada dh,laki dia tgl cuci kaki je,dari ko tu dlm bank tgl lima henget lima posen jeerrkkk…ahaakkksssss

      0

      0
      • Sayang Fara says:

        teruk lah kau ni … so what kalau fara banyak duit , aku tak rasa bakal husband dia nak harta fara … kan husband dia pun businessman …. lagi satu, umur 36 tahun nowadays bukan anak dara tua la … dah basi la ‘anak dara tua’ tu untuk zaman sekarang, tak relevan nak guna ….
        dulu2 time nenek datuk aku, mmglah kalau umur dah nak masuk 20 tahun, tak kawin2 lagi tu kena lah title anak dara tua, tapi sekarang ni kau nak kawin awal pun kena fikir byk! …. semua kena stabil …. jgn cetek minda yek anak mak kuntum ….

        0

        0
        • Anak mak kuntum says:

          Ko lagi teruk lain kali baca betul2 ape aku tulis bukan aku kutuk fara pun ,aku cuma balas ape ”anom” tu cakap,bonggok x sudah!!!!
          Ko ada baca x ape anom tu tulis komen tu..hhuuuuhhhhh

          0

          0
  8. FARA ANGSANA SUCHI says:

    Fara ni dulu masa top .. Tergila gila kan sangat pat Nuar Zain , last last NUAR pun tak kahwin,
    Fara yg dapat BISNESMAN,
    Oh ye napa tkde berita passl NUAR ZAIN?
    Nara pegi buat keja sikit Update !!! Jgn main copy paste biar main atas katil Ok bye

    0

    0
    • Redvine says:

      abg nuar kan lembuttt…mane lah nak kahwin noks…die minat jantan..hancur hati sape yg pernah minat die

      0

      0
  9. sentap says:

    tahniah…bkn cam stgh retis..sebok canang x kawin2…putus cinta sambung balik then x kawin2 gak…ungkasha bila nak umum kawin lak?

    0

    0
  10. Ibu says:

    Allah baru izinkan rezeki utk jodoh dia, sy masih ingat mcm mana Prof Muhaya Tanya dia mcm mana dia berkomunikasi dgn Allah, dia kata mengadu je mcm mana kita bercakap dan bersembang kerana Dia yg maha mengetahui, dia yakin pengaduan direct kpd Allah, kita Nampak luaran dia hoohaa gila2 tapi spiritual nya lain

    0

    0
    • Anonymous says:

      betul..ni salah sorg org yg hoohaa tp ada ilmu agama..lg sorg artis johan pn sama

      0

      0
      • Anonymous says:

        betul tu. even bini dia freehair siapa kita nak judge dia. cara dia didik anak bagus. tak manjakan dgn kemewahan. jangan suka fikir negatif je kat orang. pengakhiran tu yang Allah pandang.

        0

        0
    • peah loren says:

      Allah tahu yang terbaik… mungkin sebelum ni dua2 x ready nak kawen… so Allah x bagi lah jodoh lagi. Sekarang dua2 dah ready… Allah bagi lah jodoh. Fafau ni walaupun x der suami… tapi Allah bagi dia rezeki lain. Dah senang lenang dah Fafau ni… rumah ada, kereta ada, duit ada nak apa lagi..kawen plak nanti dgn bisnessman… lagi lah senang lenang… kalau kawen awal tapi satu sen pun x der.. hidup pun x happy stress jer memanjang buat aper ?

      0

      0
      • Anonymous says:

        betul tu aku setuju. nak bahagia bukan hanya dgn berkahwin je, dekatkan diri dgn Allah pun kita akan rasa bahagia. mcm aku dulu kerja bagus tapi single, bestfriend aku pulak ada bf yg membahagiakan tp kerja lintang pukang. today, aku ada rezeki lelaki yg baik, jaga aku dgn baik. tp takda rezeki kerja setimpal dgn kelulusan. bestfriend aku tadi tu, ex bf dia 6tahun bercinta at last that guy kahwin dgn org lain, leave her terkontang kanting. tapi now dia pulak kerja bagus, rezeki duit melimpah n dapat senangkan family dia sekarang.

        0

        0
  11. melati says:

    tahniah Fafau ……!!! yg penting bakal tunang ko bukan macam Dato Red yg malang tu…

    0

    0
  12. Anonymous says:

    tu bakal suami dia ke yg pakai spek mata tu.. sori tak tgk pc

    0

    0
  13. nilopa says:

    kenapa umum sorg2… ? bakal suami hang mana?

    0

    0
  14. Mr 4 says:

    Tahniah! kawin juga penyampai radio Yang sya minat nee heh,klu jodoh takkan ke mana umur 36 pun boleh dapat jodoh tak payah nak stress takut jodoh tak sampai…

    0

    0
  15. Selepas pengumuman berita pernikahan Fara Fauzana bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Hafiz , ramai yang mula meneka siapakah gerangan individu tersebut. Menerusi kiriman gambar, lelaki terbabit memang menepati ciri-ciri yang diberikan Fara ketika sidang media semalam, dimana bertubuh sasa, berkulit melayu dan sedap mata memandang. Selain itu, menurut sumber lain pula Fara dikatakan pernah beberapa kali ditemui keluar bersama jejaka tersebut yang difahamkan menjalankan perniagaan dalam bidang perhotelan milik keluarganya di London. Selain bergelar ahli perniagaan, lelaki tersebut yang berusia lingkungan awal 30 dikatakan juga mula berjinak-jinak memasuki bidang politik tempatan

    0

    0