Written by Bella | August 21st, 2015

Beberapa ketika ini agak jarang kita dapat tonton lakonan Faezah Elai di kaca televisyen mahupun bertemu dengan beliau di mana-mana majlis hiburan.  Rupa-rupanya beliau kini sudah hamil anak kedua sejak bulan Mac lepas.

Usia kandungan beliau kini sudah memasuki enam bulan dan kali ini pengalaman mengandung anak kedua ini lebih sukar buat Faezah kerana mengalami alahan yang agak teruk selain merasa lemah sehingga tidak boleh bergerak.

Saya dapat tahu yang saya mengandung selepas dua bulan ketika itu penghujung penggambaran drama Wadi yang kini sedang ditayangkan di TV3.

Selepas tamat drama itu saya terus berehat dan keadaan kesihatan saya memang agak teruk ketika mengandung kali ini. Badan terlalu lemah dan tidak boleh banyak bergerak. Bukan berlakon sahaja, undangan majlis hiburan pun saya tidak dapat datang.

Walaubagaimanapun, sehingga kini beliau masih lagi belum melakukan sebarang persiapan ataupun merasa terlalu teruja kerana tidak mahu perkara buruk terjadi. Faezah juga tidak kisah akan jantina anaknya nanti.

Saya tidak mahu teruja buat persiapan awal-awal kerana tidak mahu apa-apa buruk terjadi. Kalau sudah lapan bulan barulah kami buat persiapan. Lagi pula sekarang pun kami belum tahu bayi ini lelaki atau perempuan, tapi bagi saya tidak kisah apa pun jantina asalkan dia sihat.

Faezah Elai telah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama terkenal Heykal Hanifah pada September 2012 dan  sudah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Dealova Heyrinna Heykal yang kini berusia dua tahun.

Selain itu, Faezah turut mempunyai anak tiri hasil perkahwinan terdahulu Heykal iaitu Luqman Hakim, 15, Sarah, 13, dan Luq Adam , 5.

Sumber Berita: mStar Online

12 responses to (TAHNIAH) Faezah Elai Kini Hamil Anak Kedua

  1. damai says:

    she so sweet wearing a hijab

    0

    0
  2. Dek Ja says:

    Alhamdulillah…cantiknya bertudung..alis kening juga tak bercukur…cantik ciptaan Allah…semoga kekal beristiqamah…

    0

    0
  3. aihh says:

    cantik betul dia ni… :)

    0

    0
  4. adudu says:

    tahniah. cantik faezah ni :)

    0

    0
  5. meah says:

    bila aku tengok paizah sejak bertudung ni sejukkk hati…lawa…
    tapi bila aku tengok muka laki dia…erk! hampunkan mak nakk….tumpang lalu…tekak da loya

    0

    0
  6. Jadoo says:

    aku paling suka artis kalau dah bertudung terus tak cukur bulu kening lagi dah. kalau nak di kira2..tak ramai kan. Faezah ni antaranya je..yang lain menten kening terjungkit. hmm..

    0

    0
  7. AWAL LAKI SCHA bodoh says:

    dalca mami georgetown

    0

    0
  8. themri says:

    Hrp faezah istiqomah bertudung. Sape kata bertudung xcantik..lg cantik ada la..kann

    0

    0
  9. peminat tegar says:

    gambar 1st ingatkan dato siti kurus..haha apa2 pun memang cantik ..alhamdulillah…mmg minat faezah elai sejak cita dy jadi tomboi kat tv3..perh skrg dh berhijab..

    0

    0