Written by AbangNara | October 9th, 2014

Jutaan tahniah diucapkan buat Elaine Daly yang akan menamatkan zaman gadisnya pada 4 Disember ini. Pelakon dan pengacara jelita yang berusia 38 tahun ini telah memilih seorang doktor yang berasal dari Afrika Selatan iaitu Nick Boden (38 tahun) sebagai bakal suaminya. Majlis perkahwinan Elaina dan Nick akan berlangsung di Kuala Lumpur.

elaine daly kahwinUntuk makluman, Nick Boden merupakan seorang duda anak satu. Elaine telah berkenalan dengan jejaka kacak ini pada bulan Mac yang lalu. Kata Elaine menerusi Harian Metro:-

Kami diperkenalkan menerusi seorang rakan pada awal Mac lalu di ibu negara. Selepas saling mengenali hati budi masing-masing, kami mengambil keputusan untuk bertunang Julai lalu

Bagi saya, Nick adalah lelaki yang memiliki ciri-ciri seorang suami yang dicari selama selama ini. Dia seorang yang memahami dan kami memiliki banyak persamaan.

elaine daly kahwin

Semoga segala perancangan Elaine dan Nick akan berjalan lancar sehingga hari perkahwinan mereka. Jutaan tahniah diucapkan. Selamat berbahagia ke akhir hayat.

P.S: Gambar gerhana bulan dari serata dunia

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 responses to (TAHNIAH)Elaine Daly Kahwin 4 Disember Ini

  1. Anonymous says:

    sendu sesendunye….next

    0

    0
  2. Enter Your Email says:

    Keciwa la Hans Isaac

    0

    0
  3. kembang says:

    beauty with brain.

    dia sangat bijak. bejaya menghabiskan persekolahan ketika beumur 14tahun dan kemudian bejaya jadi orang paling muda di malaysia ada ijazah undang-undang ketika beumur 19tahun dari universiti of london.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    jelita tang mn dia ni? biasa2 je..

    0

    0
  5. Lea Rose says:

    gadis lagi ke? errr
    unton la dapat orangputeh… size bagak bak ang!! errr
    selamat pengantin kertu

    0

    0