Written by Bella | May 24th, 2016

Pelakon Eira Syazira menerusi akaun Twitternya semalam mengesahkan beliau kini sedang hamil anak kedua bersama suami yang merupakan pelakon komedi terkenal, Azad Jazmin.

Malah, berita itu turut dikongsi oleh Hlive menerusi akaun Instagram rasmi mereka dan kemudiannya di repost oleh Eira.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Eira belum memberikan sebarang butiran lanjut mengenai kehamilannya itu.

Eira Syazira dan Azad Jazmin berkahwin pada 16 September 2011. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama  Amarra Sofea Rose yang kini berusia 3 tahun.

Tahniah kami ucapkan kepada Eira dan Azad, semoga mereka dilimpahi dengan kebahagiaan yang lebih lagi dan semoga ibu serta bayi berada dalam keadaan sihat.

Sumber Berita : Twitter Eira Syazira

9 responses to (TAHNIAH) Eira Syazira Kini Sedang Hamil Anak Kedua

  1. zed says:

    popular ke?. sendu je rasenya diorg ni. Klu famous pun sbb ade kes tipu MLM

    0

    0
  2. Pencinta Kedamaian says:

    Alhamdulillah…semoga semuanya dipermudahkan Allah….

    0

    0
  3. adudu says:

    comellah anak diorg :D

    0

    0
  4. miss v says:

    tu pun nak kecoh ke…nak minta org sponsor spital la tu sok cam nek ta..spital gomen tak men la…nak taraf2 KPJ…pastu nak hint peminat bg brg free…hahaha

    0

    0
  5. belinda says:

    Korang tau tak cerita yang azad ini berlakon yang 3 orang kanak2 nakal. Dorang bukak peti ajaib dan tau kisah masa dorang besar. Ps// siapa tau please inform please. Dah lama x tgk cerita tu.. :)

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Terima kasih beautifulnara for this lovely article… ?

    0

    0
  7. Syazira shuhaimi says:

    Terima kasih beautifulnara for this lovely article… ?

    0

    0