Written by Bella | April 30th, 2016

Semalam pentas Maharaja Lawak Mega 2016 telah melabuhkan tirainya dan seperti jangkaan ramai kumpulan Bocey telah berjaya menjadi juara dan sekaligus menerima hadiah wang tunai RM 500,000.

MLM 2016 peringkat akhir diadakan secara langsung di Stadium Tertutup Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru.

Naib juara pula dimenangi oleh Kumpulan Joras yang dianggotai Shuk, Rahim dan Joey . Mereka menerima hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.

Tempat ketiga, dimenangi Kumpulan Puteh yang meraih wang tunai RM150,000 serta trofi. Manakala kumpulan LOL yang dianggotai Tauke, Angah dan Ajak pula di tempat keempat yang menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.

Hadiah disampaikan pelawak veteran tanah air, Abdul Wahid Ahmad atau lebih dikenali sebagai Wahid Satay yang turut diiringi Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu ASTRO, Datuk Khairul Anwar Salleh.

Sumber Berita : BH ONLINE

17 responses to (TAHNIAH) Bocey Juara MLM 2016 Bawa Pulang RM 500,000

  1. sheayang says:

    Tahniah bocey. walaupun semalam jeritan penyokong joras yg kuat. huhuhu

    0

    0
    • Corse 848 says:

      Juri pada tahun ini mmg terbaik..Ziana, bunga,sam dan najib ali..juri yg mcm ni sepatutnya ada dlm pertandingan..sentiasa mmberi komen mmbina supaya meningkat persembahan setiap mggu..seperti dlu juri terbaik mamat khalid..ahmad idham akan bg advice apa yg patut ada dlm persembahan…

      0

      0
      • mao says:

        haah…MLM next year aq rasa mcm nk ziana, bunga, najib and sam lagi jadi juri…kalau performance x best pon dorang x hentam direct, mesti ada kata2 nasihat untuk bgi improve lgi next time..

        0

        0
    • CHELSEA says:

      Tapi ak rsa yg ptut mng adalah puteh la
      depa 2 2 konsep lawak n mnjadi

      0

      0
      • Hermoine says:

        Aah..setuju sangat, dpt 5 ha lak tu dua2 persembahan..kalo x pun, naib juara

        0

        0
  2. Brisky says:

    Patut nye joras menang. Bocey dah lame ade fanclub sendiri.. joras baru formed. Sudah2 la bocey. Asik masuk je… kasi yang baru la plak.

    0

    0
  3. Sara Q says:

    Bocey konsisten..bukan sbb fan club dia pun.
    Anyway, tahun ni x menyengat sangat compared to MLM sebelum ni

    0

    0
    • rue says:

      Setuju. Aku pun skip2 tgok persembahan. Kalau tema best baru aku tgok. Hehe..

      0

      0
  4. Anonymous says:

    I missed watching the final last night……. Sedih lah…..
    Btw, congratulations Bocey!

    0

    0
    • minah jambu say NO to DRUG says:

      minah jambu langsung tk tengok dari start MLM sampai dabis …ape2 pon tahniah pada Bochey rm500ribu WOW !!

      0

      0
  5. Aku says:

    Pape pun aku puas hati LOL no. 4. Tak pernah kelakar kot. Pastu nak guna sentimen sedih pula. Dah dah la Tauke kau pun menang kesian masa Juara Parodi aritu.

    0

    0
    • Anonymous says:

      die bajet sedih teringat arwah pak yus….hurmmm….xpyh la selit2 bnda yg sedih dlm performance…buat yg trbaik…nmpk sgt nk undi kesian sbb arwah pak yus..

      0

      0
  6. Anonymous says:

    Aku minat Fad ni. Start dia BMB ngan abam dlu.. aku suker jer tgk dia. Mcm Beto, bront, azhan rani, rusdi ramli ngan zahiril tu.. diorg ni x kacak manepun. Biase jer tpi klu blakon ada aura.

    0

    0
    • Anonymous says:

      setuju…berlakon santai..xnmpk mcm berlakon pun.. aku xminat shukri yahya. tp die act mmg best..esp dlm cerita yg dgn janna nick tuhh.. dua2 best.

      0

      0
  7. kakmona says:

    Anon 11.28am. Samalah!! Tp yg sama beto, azhan rani ngn zahiril adzim je. Zahiril hakak minat sejak cte seratus harijadi tu. Cool sgt he2. Bront hakak xminat.
    Sorg lg yg blakon ada aura – redza minhat :)
    Off topic plak comment he2

    0

    0
  8. Anonymous says:

    – bocey lawak nye biasa2 je..tp dia ada magic..magic tu yg buat bocey sgt best & special..
    -lol mmg xdinafikan pengaruh kuat dr jambu & shiro..taukeh & ajak pandai dlm karektor masing2..
    -joras mmg bagus..walaupun kadang mcm over
    -putih kumpulan baru..so idea sgt fresh..mmg blh menggugat team yg ada skrg ni..

    0

    0