Written by AbangNara | September 13th, 2013

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah yang telah selamat bergelar suami kepada Naquira Yasira dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan telah berlangsung kira-kira jam 12.06 tengah hari di Zebra Square, Kuala Lumpur.

black kahwin

Majlis ini telah disiarkan secara langsung menerusi rancangan Wanita Hari Ini. Isteri Black yang turut dikenali dengan nama Chira Khairi, 28, menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran sebanyak RM12,000. Majlis ini telah dihadiri oleh lebih kurang 200 orang tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga dan sahabat handai.

Black memberikan 7 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa set penjagaan diri Bvalgari, sebentuk cincin Habib Jewels, beg tangan jenama Channel, set alat solek Lunasol Kanebo, sepasang telekung, Ipad mini, kain pasang dan sepasang kasut jenama Charles & Keith.

black

Majlis resepsi pasangan kedua mempelai ini akan berlangsung pada 14 September (esok), jam 8 malam bertemakan ala ‘Vintage Inggeris’, di lokasi yang sama.  Manakala pada 15 September (Ahad) pula akan diadakan jamuan keramaian bertempat di Padang PPR Kerinchi, Pantai Dalam, bermula jam 12 tengahari hingga 4 petang.

Semoga perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat buat kedua-dua pasangan mempelai ini. Tahniah sekali diucapkan. Selamat menempuh alam perkahwinan buat anda berdua. Kredit gambar Faisol Mustapha.

24 responses to (TAHNIAH)Black Kini Sah Suami Kepada Naquira Yasira

  1. Anonymous says:

    muka isteri black macam muka penyanyi nora pun ada

    0

    0
    • Olga says:

      PADANG PPR KERINCHI, PANTAI DALAM???????? PPR JE KE???? MANA HURUF T?????? XNAK MENGAKU KE TINGGAL KAT PROJEK PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN (PPRT) DULU,DASAR ARTIS MACAM NI LAH DAH POPULAR(POPULAR KE) LUPA ASAL USUL,…..

      0

      0
    • minah jambu merah biru says:

      A..ah betol si nora klantan tu kan..

      0

      0
  2. kak ton says:

    muka isteri black macam penyanyi nora sikit2

    0

    0
  3. IQmah says:

    Tahniah Black :)

    0

    0
  4. kiki says:

    taniah la black dah jadi suami orang.. lepas ni ajar isteri tutup aurat dengan sempurna yea…

    0

    0
  5. kak ton says:

    mcm muka penyanyi nora isteri black

    0

    0
  6. safiyyah says:

    Alhamdulillah… harap isteri berpakaian lah dgn sopan dan.ttup aurat yer.
    Bukan masa nikah jer pakai tudung

    0

    0
  7. Anak Menteri Menantu Raja says:

    Puteri Arab Saudi tak pakai tudung pun….

    0

    0
  8. aku says:

    perempuan ni cousin kawan aq. perempuan ni anak sedara husband umie aida.

    0

    0
  9. Hantu raya says:

    tahniah la.. Aku da g da kenduri Black kat Pantai Dalam. Meriah tapi PANASSSSSSSSSSSS!!!

    0

    0
  10. […] Majlis pernikahan telah berlangsung kira kira jam 12 06 tengah hari di Zebra Square Kuala Lumpur Read More This entry was posted in Entertainment and tagged Kepada, Kini, Naquira, Suami, TAHNIAHBlack, […]

    0

    0
  11. Elly says:

    Cantiklah pulak isteri Black ni. Dalam gambar sebelum ni biasa-biasa je. Apepun, tahniah Black!

    0

    0
  12. Channel Pun Boleh says:

    hoi nara! beg tangan jenama CHANNEL? adoi nampak sgt KELANTAN nye di situ! CHANEL la kelantan oiiiiiii

    0

    0