Written by Bella | August 10th, 2015

Sekitar petang semalam kami ada terdengar khabar angin bahawa pelakon Raja Farah bakal mengadakan satu sidang media khas.  Tentu sekali ramai yang berspekulasi tentang sidang media tersebut, apakah sebenarnya berita tergempar yang beliau bakal umumkan?

Akhirnya  semua teka-teki terjawab apabila Raja Farah mengesahkan beliau bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Pengumuman tersebut dilakukan oleh beliau sewaktu majlis terbuka anjurannya dan keluarga di Bukit Jelutong.

Pada sebelah pagi sebelum sidang media tersebut, satu majlis pertunangan telah diadakan juga di lokasi yang sama dihadiri oleh keluarga dan teman terdekat.  Raja Farah yang tampak cukup manis mengenakan busana rekaan Ezuwan Ismail telah menerima dua bentuk cincin sebagai tanda merisik dan bertunang. Bakal suaminya turut hadir semasa majlis pertunangan tersebut tetapi tidak pada sidang media.

Walaupun baru sahaja bercerai tiga bulan lepas, Raja Farah mengakui sudah meneruskan kehidupannya dan menerima jodoh yang telah ditentukan olehNya. Kesungguhan bakal suami telah berjaya memikat hati beliau.

Raja Farah dan bakal suami mula berkenalan dua hari sebelum Ramadhan atas dasar kerja, akhirnya menimbulkan rasa cinta diantara mereka berdua.

Saya sudah “move on” dengan kisah lalu dan terus kehidupan mendatang. Saat talak jatuh lagi saya sudah bersedia untuk mencari kehidupan baharu dan menerima hakikat serta suratan hidup. Cuma tak sangka jodoh datang begitu cepat. Bagaimanapun bukan senang untuk saya terbuka hati dengan dia (bakal suami). Atas dasar memberi peluang dan melihat kesungguhannya saya buka ruang untuk mengenalinya.

Saya letakkan batas antara kami. Saya jual mahal dahulu. Saya wujudkan kesukaran untuk dia kenal saya kerana saya baharu saja berpisah dengan bekas suami. Tapi sikap tidak putus asa memang tak ada dalam hidupnya. Dia tetap berusaha lagi dan lagi untuk kenal saya. Tanpa diduga dia beranikan diri untuk menghubungi saya dan meluahkan hasrat untuk kenal saya lebih rapat lagi.

Raja Farah sebelum ini pernah berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 2010 sebelum berpisah pada 25 Mei lalu.

Tahniah kami ucapkan kepada Raja Farah, selepas hujan pasti akan ada pelangi dihujungnya. Walaupun pernah dihina kerana tidak mampu melahirkan zuriat sebagai punca kegagalan rumah tangga dahulu, beliau tetap tabah menghadapinya. Semoga perkahwinan kali kedua ini kekal sehingga hujung nyawa. InshaAllah.

Sumber Berita: Berita Harian

15 responses to (TAHNIAH) Bakal Tamatkan Status Janda : Raja Farah Sudah Bergelar Tunangan Orang Semalam

  1. Yang Penting Nawaitu says:

    Tahniah, Kak Raja Farah..~ Semoga bakal perkahwinan yg kedua ini kekal hingga ke Jannah..~? Amin..

    0

    0
    • amoi says:

      hurm…aku ni kekdg otak ni jahat jgk…adakah persoalan dlm pkran aku ni, terlintas dipkran korg jgk???hahahaha…kenal selepas bercerai ke sebelum tu lg :P

      0

      0
      • aa says:

        haha kan? do you smell the fishy fishy smell? haha

        0

        0
      • mama mia says:

        abg ipar aku yg sekarang ni dulu duda bercerai sbb bekas bini dia taknak hidup susah. Lps sebulan cerai die terjumpa dan berkenalan dgn kakak aku & terus Allah mudahkan jln diorg kahwin hanya dalam 3 bulan berkenalan. Bekas bini dia sampai skrg menjanda, laki yg dia sibuk kejar sebelum diorg bercerai pun taknak kahwin dgn dia. Nak ckp apa? Statement kau ni mcm nk ajak org pikir bende yg kau sendiri tak pasti ibarat kau nk ajak org bpikiran mcm kau yg tgh memfitnah. Jodoh org kita pn tak tau. Sudah2 la.

        0

        0
        • ju-on says:

          aku setuju dgn statement ko. aku dulu berkenalan dgn suami aku skang, seminggu sebelum bekas laki aku ceraikan. sebenarnya, dah sethn setengah aku dok bagi bekas laki aku tu berubah sbb dia kantoi berskandal dah setahun lebih dgn ex colleague aku dan mcm2 lagi sebelum tu yg buktinya x seberapa strong mcm kes yg ni. aku dok sabar jek selama tu.. dia dok ingat aku dah lama bercinta dgn suami skang, padahal, sebnrnya tak… aku da happily married masuk 3 thn, yg dia tu pulak, aku dengar masih mcm dulu…
          ex colleague aku plak dah kawen baru gak, sbb bekas suaminya gay.. mmmm

          0

          0
  2. Anonymous says:

    Mesti tunangan dia tu org VIP…tak pun org yg berprofil besar. Kalau tak….tentu dia dah tunjuk sekali gambar tunang dia. Biasanya kalau lambat nak tunjuk gbr tunang tu mcm tu lah gayanya.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    tp die ni mmg lawa. sedap mata memandang

    0

    0
  4. Bijan says:

    org cantik..bru bercerai 3 bulan dh jumpa pgganti..yg single,still la single xdak org nk approach pon.laki skrg lebih suka janda.pmpuan plak lbh sukakan laki org

    0

    0
  5. mrs pip says:

    tahniah … wish you all the happiness raja farah … jangan berburuk sangka, jangan la juga hasad … doakan yang baik baikuntuk raja farah … cheers …

    0

    0
  6. mrs pip says:

    aku suka ja si raja farah ni … semoga happy till jannah ya …

    0

    0
  7. tara says:

    Alhamdulilah..bagus lah tu…lebih baik doakan yg baik2 bila mendengar khabar gembira…org baik selalu akan dapat yg baik juga..

    0

    0
  8. reader says:

    Lebih kurang 2 bln brpisah dh brtunang? Hm..dlm 2 bln tu dh 3 kali suci la kot. Cepatnya. Sbb kalau masih dlm edah, haram bertunang atau berkahwin. Bersolek utk menarik perhatian lelaki pn tak boleh. Hm..apa pun bersangka baik sajalah. Mungkin dia dh habis edah.

    0

    0
    • ash says:

      betul tu, x salah kalo nk move on tp kene jg bab hukum hakam agama…
      mksud 3X suci bkn boleh amek mudah sng2 mcm tu…
      sbb dlm waktu edah tu dia masih boleh rujuk lg tnpa akad nikah yg baru…
      kalo ye pn nk move on, bgtau la pasangan tu after 6month kalo betul mmg jodoh kuat terus nikah x yah dh tunang2 kalo dh x sabo…
      sbb tu penting nye ade ilmu agama x kira laki2 atau pmpuan, bkn setakat nk berhijab jer

      0

      0
      • leha says:

        hello asalkan 3x suci ok dah la, ko ingt tempoh period ni same ke tiap2 org. Ade yg 2x period sebulan. dua 2 dah 4 kali. aku slh sorg mcm tu. Period dlm 7 hari je. So ape mslhnye? Jgn nk menjahilkan org sgt mcm ko tu byk sgt ilmu agama.

        0

        0