(TAHNIAH) Awie Dikurniakan Gelaran Datuk

Hiburan

(TAHNIAH) Awie Dikurniakan Gelaran Datuk

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi rock lagenda, Awie yang telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada ulangtahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang ke 86 pada hari semalam.

Advertisement

Awie menganggap anugerah tersebut adalah yang paling bermakna buat beliau sepanjang 31 tahun bergelar anak seni. Menurut Awie, dengan penghargaan yang beliau terima beliau akan lebih bersemangat untuk bekerja keras pada masa hadapan dan gelaran yang beliau terima itu tidak akan mengubah pendirian beliau.

Sepanjang 31 tahun saya bergelar anak seni banyak kenangan manis dan pahit untuk berada pada tahap sekarang. Alhamdulillah penganugerahan ini saya anggap sebagai penghargaan kepada anak seni selain rezeki dan hadiah selepas berkahwin.

Saya masih orang yang sama seperti yang anda kenali dan penganugerahan ini tidak mengubah apa-apa. Bagaimanapun dengan kedatangan tahun baharu ini sudah tentu ia turut menaikkan semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik buat semua peminat.

Awie turut memberitahu beliau akan menerima satu lagi anugerah iaitu Tokoh NGO Islam daripada Tengku Mahkota Kelantan yang akan diadakan pada 14 Januari ini.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...