Written by Bella | September 1st, 2016

Hanya dengan sekali lafaz pelakon Ana Dahlia sudah sah bergelar isteri kepada Mohd Ashraf Jurey dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Perdana, Taiping semalam.

Ana telah menerima mas kahwin berjumlah RM1000 dan menyerahkan lima dulang hantaran kepada pihak lelaki dan dibalas dengan tujuh. Walaubagaimanapun, pasangan ini enggan mendedahkan jumlah hantaran perkahwinan kepada umum.

Ana dan Ashraf di­nikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Daerah Taiping, Roziman Tajuddin tepat pukul 10.48 pagi. Majlis tersebut cukup sederhana tetapi agak meriah dengan kehadiran kedua-dua belah ahli keluarga  dan kenalan rapat Ana dan Ashraf.

Ketika ditemui pihak media, Ana meluahkan rasa syukur kerana majlis raja sehari beliau berjalan dengan lancar dan berharap agar perkahwinan beliau kali ketiga ini akan kekal sehingga akhir hayat.

Alhamdulillah semua sudah selesai dan bersyukur majlis pada hari ini berjalan lancar. Mohd. Ashraf pernah berkahwin, saya juga begitu dan seperti mana pasangan lain kami juga ingin bahagia dan berharap ikatan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat.

Yang penting kami akan cuba perbaiki mana yang kurang dan lebih memahami antara satu sama lain. Perkara yang lepas biarlah berlalu.

Tahniah kami ucapkan kepada Ana Dahlia dan Mohd Ashraf semoga kekal bahagia sehingga ke jannah. Amin..

Jom layan beberapa lagi foto sekitar akad nikah dan majlis persandingan Ana Dahlia dan Mohd Ashraf dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : Utusan Online

Sumber Foto : pfproduction

17 responses to (TAHNIAH) Ana Dahlia Selamat Bergelar Isteri Kepada Mohd Ashraf Jurey

  1. honey says:

    Baju Songket cantik sgt.. moga kekal bahagia

    0

    0
  2. huh says:

    tahniah..semuga kali ni berkekalan hendaknya.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    tahniah… semoga berkekalan hingga akhir hayat…

    0

    0
  4. fishball says:

    K

    0

    0
  5. jemah johari says:

    kompius jap mak! perkahwinan kali ke berapa ni? ada yg kata 3, ada yg kata 4.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    harap2 y ni berkekalan…sepadan dia org kn…moga bahagia hingga ke jannah..aminn

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Cantik Ana Dahlia ni. Berlakon pun boleh tahan juga tapi tak tahu dimana silapnya sampai kawin cerai kawin cerai berkali kali. Malas masak kot…
    Semoga perkahwinan kali ini kekal ke akhir hayat.

    0

    0
  8. Larat ke... says:

    untung jadi retis malaysia..
    perkahwinan …kedua..ketiga
    sama mcm perkahwinan pertama…

    0

    0
  9. indah says:

    moga kkal bhgia hgg ke Jannah Allah.. Aamiin ya robb

    0

    0
  10. anon says:

    Hmm….seronoknya, 3 kali naik pelamin. ….tak taulah ada berapa kali lagi..

    0

    0
  11. ati says:

    Tahniah, biarlah berapa kali pun, yg lepas tu biarkan berlalu. yg penting jgn berputus asa dgn rahmat Allah dan mencari kebahagiaan. Selamat pengantin baru :)

    0

    0
  12. hanya google says:

    xpasal2 google pasal Ana ni… komfius jap gambar dia bercuti semua tu… tup tup kawen dgn orang lain.. konfius kejap sebenarnya dia dah kawen berapa kali.. bukan salah saya.. saya cume google.. sbb tak silap masa kawen dgn chef riz… ade kenyataan yang kata tu perkhawinan yg ke 3.. tu yg google… maaf ye ana…

    0

    0
  13. X says:

    Senangnya bercinta dan kawin 2.3 kali.Lobos,mesti 2,3 bulan laki tu down.

    0

    0
  14. POTPET says:

    aku bc komen sebab ingin tahu sapa manusia 2 ekor ni. oo. ex chef riz. tima kasih

    0

    0
  15. Ana Kenanga says:

    Nama saya Ana Kenanga. Adik bukan seibu sebapa dengan Ana Dahlia. Saya tak minat Amar Bahrin dan juga tidak suka makan durian

    0

    0