Written by Bella | March 15th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli kerana bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi selepas Amyra disahkan sedang hamil tujuh minggu.

Amar memberitahu beliau mengetahui berita gembira tersebut selepas Amyra mengadu sakit perut dan terpaksa dibawa ke hospital swasta semalam.

Alhamdulillah, doktor baru mengesahkah Amyra hamil tujuh minggu malam tadi (Selasa) selepas kami buat pemeriksaan sepenuhnya termasuk imbasan. Sebenarnya saya sedar sejak beberapa minggu lalu dia mengalami simptom-simpom kehamilan, namun kami belum sempat buat pemeriksaan sehinggalah malam tadi dia mengadu sakit perut

Menurut Amar, atas nasihat doktor, Amyra harus berehat selama dua minggu untuk memastikan kandungannya benar-benar kuat.

Buat masa ini doktor menasihatkan agar Amyra berehat selama dua minggu untuk memastikan kandungannya benar-benar kuat. Mungkin selepas ini dia akan berehat sementara daripada bidang lakonan. Untuk menjadi pengacara pula, bagi saya tiada masalah kerana kerja itu lebih ringan dan tidak mengambil masa yang panjang.

Alhamdullillah, berkat pertanyaan dan doa orang ramai tentang bila agaknya Amyra akan hamil sudah menjadi kenyataan. Kami harap ibu dan kandungan berada dalam keadaan baik dan sihat. Tak sabar kami ingin melihat cahaya mata pasangan ini nanti.

Sumber Berita : mStar Online

[jetpack-related-posts]

22 responses to (TAHNIAH) Amyra Rosli Hamil Tujuh Minggu

  1. Anonymous says:

    tahniah
    bersedia la ye…team astro bakal menyerang uols utk siri kanak2 seterusnya

    23

    0
  2. manis says:

    bestnyer la tgk org bahagia mcm depa ni..tlg aminkan & like agr sy pon akn jd spt amyra tahun ni ..i.Allah…
    #lamamenanti #sabarituindah #dapenatnakjawabsoklanyangsama

    97

    0
    • lara alana says:

      InsyaAllah,
      ada rezeki awak nnti
      sabar itu indah
      tahniah di masa akan datang itu, aaminn
      i sentiasa doakan ke org lain. :)

      31

      0
    • Anonymous says:

      saya doakan awak dapat merasai saat@ indah itu…amin
      #pernahmerasai
      #4tahuntunggu

      25

      0
    • fawamad says:

      doakan saya juga.lama jugak tunggu bile nak bagi berita gembira pada suami dan keluarga

      21

      0
    • Masih Menanti says:

      aamiin..inshaAllah..semoga Allah beri rezeki juga utk kita yg menunggu ni,aamiin

      12

      0
    • greenfingers says:

      insyallah. sy doakan awak dikurniakan rezeki anak plak. Jgn risau ye Puan, Allah ada plan yg lg baik, adala tu hikmahnya yg kita xtau. Mulut manusia ni mmg cmtu, selagi dia hidup selagi tu dia keluarkan soalan bodoh dia tu.

      8

      1
    • Anonymous says:

      inshaAllah aaminn…saya faham sgt2 perasaan awak sbb saya pun tengah menunggu….2 tahun lebih dh kawin, tapi umur dah masuk 30, pastu long distance lagi, 3bulan sekali jumpa sbb tempat keja jauh, kdg2 rasa mcm diri x guna and have nothing to offer to my husband..kalau duk dekat takpe ari2 blh jaga makan minum pakai and lain2 service (hehe)….tapi tula, perancangan Dia lebih baik, yang terbaik!

      2

      0
  3. CPS says:

    Mesti comel baby ni nanti.. amyra cun. amar tak hensem tapi jambu..

    7

    2
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      ape pulakkkkkk amar hensem amyra yg jambu..semoga amyra sehat melalui hari2 yg mendatang…lov uuu…

      0

      0
  4. Vera says:

    Tahniah..amyra kena jaga kesihatan ok,kandungan d awal usia memang sensitif..hope u baby akan sihat dn membesar dgn baik,amin..luv amyra..

    3

    2
  5. biarbetik says:

    Cantik Amyra…Amar cukur le misai tu…Alhamdullilah…@Manis…Bersabar Insyallah awak akam merasainye…saya Aminkan…Amiin…

    1

    1
  6. Anonymous says:

    anak amar yang keberapa ni? kalau amyra tu aku xpasti…tp amar ni aku yakin dan pasti bukan anak pertama…cuma xbrapa pasti anak keberapa je….

    0

    1

Leave a Comment

Optional