Written by AbangNara | June 5th, 2015

Alhamdulillah. Selepas Erra Fazira, kini Amy Mastura juga telah mengambil keputusan untuk berhijrah dan mengenakan tudung sepenuhnya. Berita gembira ini telah diketahui menerusi akaun Instagram jurusolek selebriti comel ini, Alha Alfa. Tahniah diucapkan dan semestinya ini adalah berita gembira lebih-lebih lagi dengan kehadiran bulan Ramadhan dalam masa terdekat ini.

amy mastura

Amy Mastura yang sememangnya sudah comel kelihatan makin jelita dan ayu mengenakan tudung. Kata Amy Mastura tentang penghijrahannya ini:-

Sudah lama saya berniat ke arah ini tapi Alhamdulillah semuanya jadi tanpa paksaan sesiapa. Saya tidak merancang tetapi ini kewajipan saya sebagai wanita Muslim.

Ikutkan saya merancang untuk semua ini sempena mengambil keberkatan Ramadan tapi pintu hati saya terbuka lebih awal. Perkara yang baik tak perlu ditangguh tangguh.

amy mastura

Semakin hari semakin ramai selebriti wanita yang bertudung untuk memenuhi tuntutan syarak agama Islam. Alhamdulillah. Ini satu perkembangan yang sangat awesome. Semoga mereka akan terus dikurniakan semangat untuk istiqamah. Sama-sama kita doakan. Tahniah Amy!!! Sumber Berita Harian.

amy masturaP.S: Filem cinta Thailand ‘Love Is’ yang cukup menyentuh perasaan kini sudah mula ditayangkan di pawagam. Confirm menangis punya tengok. Orang-orang Thailand memang power bab-bab buat filem yang mengalirkan air mata. Sila sediakan tisu sebelum pergi tonton filem hebat lakonan Pongsakorn Mettarikanon dan Dhanantorn Neerasingh ini. Info lanjut di www.gscmovies.com.my.

 

17 responses to (TAHNIAH)Amy Mastura Kini Bertudung

  1. Silent reader says:

    Comel! Look 10 years younger :)

    0

    0
    • Anonymous says:

      amy ni awet muda betul… maintain..
      boleh tak keluarkan buku rahsia penjagaan kecantikkan?

      0

      0
    • wki-wki says:

      comel giler amy mastura ni…dia dengan misha macam sebaya ajer..

      0

      0
  2. abang gelojoh says:

    ok lah dah bertudung. comel pe. bak nombor,abg nk try ayat.

    0

    0
  3. HAMBA ALLAH says:

    ALHAMDULLILAH SYUKUR. SEMOGA MENJADI WANITA MUSLIMAH YANG SEJATI. TERUS BELAJAR DAN PERBAIKI DIRI DALAM MENUTUP AURAT. BUAT APA YANG DI SUKAI ALLAH DAN TINGGAL KAN APA YANG MENDATANG KAN MURKA ALLAH. AAMIIN YA ROBB

    0

    0
    • Anonymous says:

      for the first time…I feel happy to read such an honest and kind comment

      semoga Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk kamu kerana doa ini, insyaAllah.

      0

      0
  4. Anonymous says:

    “kwajipan sy sebagai wanita muslim”suka ayat ni…

    0

    0
  5. cik tata says:

    Alhamdulillah, ramai artis yg bertudung. Semoga lepas ni kak rosmah kita pun terbuka hati nak bertudung

    0

    0
  6. Anonymous says:

    suka tengok kak amy ni..wajahnya pula awet muda..bagus la klau kak amy dh bertudung…brtmbh manis..jujur aku ckp…aku suka retis y bru brhijab mcm kak irma..diana amir..dia org ni bertudung tpi cara percakapan dia org pn jaga…bukan hya berhijab menutup kepala aje..mulut pn kna jaga juga..

    0

    0
  7. Prince Noob says:

    comelnya amy mastur ni.

    0

    0
  8. zietafus says:

    Tahniah amy canteknye u

    0

    0
  9. intan kembong says:

    cantiknya kak amy..xnampak 40an pun..nmpak mcm lebih muda 10 tahun..semoga dapat ttp aurat dengan sempurna yer..

    0

    0
  10. LadyGiGi says:

    Tahukah anda amy ni makcik kepada si peludah negara nazmi faiz tu? Nazmi kene mencontohi makciknya ini.. Kurangkan kontoversi tingkatkan prestasi

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Alhamdullilah. Kan manis je bertudung daripada asyik pakai skirt pendek. Umur pun dah lanjut dan anak2 dah dewasa. Cuma diharap jangan la atas tutup tapi bawah ketat macam sarung nangka macam Che Ta dan Ziana pakai. Berfesyen tak salah tapi biarlah menutup aurat. Tudung tu cuma tutup kepala, Tutup aurat tu secara keseluruhan.

    0

    0