(TAHNIAH) Akma AF3 Selamat Lahirkan Bayi Kedua Semalam

Hiburan

(TAHNIAH) Akma AF3 Selamat Lahirkan Bayi Kedua Semalam

Bekas pelajar program realiti Akademi Fantasia 3, Akma telah selamat melahirkan cahaya mata kedua beliau semalam.

Advertisement

Bayi lelaki beliau dengan berat 2.23 kilogram itu dilahirkan melalui kaedah pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court sekitar jam 2.30 petang. Akma sebenarnya bersalin satu bulan lebih awal.

Saya bersalin awal sebulan kerana tarikh jangkaan ialah 20 November. Mungkin juga anak kedua kami ini sudah tidak sabar melihat dunia. Apapun alhamdulillah bayi sihat. Cuma kami belum ada nama untuknya lagi. Tengah menyenaraikan nama terbaik dan pilihan dengan ustaz.

Untuk pengetahuan, Akma dan Farih Hamshi Mohamad Fatmi mendirikan rumah tangga pada 30 Jun 2012 dan telah dikurniakan  seorang anak perempuan sebelum ini bernama Awatif Husna Hamshi yang kini sudah berusia 2 tahun.

Tahniah kami ucapkan kepada Akma dan suami, rezeki Allah SWT meskipun bayi mereka dijangka bersalin sekitar bulan depan, tapi kalau sudah rezeki untuk ia lahir awal tiada siapa yang boleh menghalang. Semoga menjadi anak yang soleh.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...