Written by AbangNara | July 23rd, 2017

Jutaan tahniah diucapkan kepada Zizie Ezette dan Bung Mokhtar atas berita gembira ini. Zizie Ezette telah mengumumkan kehamilannya di Instagram. Pasangan suami isteri ini dijangka menerima cahaya mata kembar pada bulan Disember/Januari ini. Sudah pasti berita ini amat menggembirakan buat Zizie Ezette dan Bung Mokhtar setelah mendirikan rumah tangga pada 18 September 2009.

zizie ezette mengandung

Tulis Zizie Ezette:-

I want to announce my latest productions. They will debut in Dec/Jan. .We’re having twins!!! Pls pray for a smooth and safe pregnancy & healthy babies. We wanted to keep it a secret until we are safely into the second trimester.

Unfortunately, we were denied the privilege to announce this big and special news to you personally and at our own time as some of you may have read in the papers today.
.
Well, it is done. I will continue this journey with a lot of gratitude & positivity. ??? #secondtrimester #twinpregnancy #blessed #grateful

zizie ezette mengandung

Susulan pengumuman ini, para pengikut laman sosial Zizie Ezette telah mengucapkan tahniah dan mendoakan segalanya berjalan lancar buat pelakon ini. Tahniah Zizie dan Bung. Semoga semuanya selamat sehingga hari kelahiran.

Written by Bella | February 22nd, 2016

Baru-baru ini,  suami kepada pelakon Zizie Ezette iaitu Datuk Bung Mokhtar telah menjalani rawatan pemindahan buah pinggang di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

Namun, ada sesetengah pihak mendakwa bahawa Zizie langsung tidak menjaga suaminya itu yang sedang sakit sehingga dilabelkan sebagai isteri tidak bertanggungjawab.

Walaubagaimanapun, Zizie telah memuat naik foto beliau memasak hidangan asam pedas cara Sabah buat suaminya dengan hashtag yang seakan membidas komen orang ramai yang beliau tidak menjaga suami.

Asam pedas Sabah style!  Satu bergaram & bergula, satu lg kurang garam tiada gula.  Faham2 la org baru nk sihat ni semua kena dikurang2kan.  Kasih sayang je yg bertambah.

#jgncakapakakxjagasuami #adabendatakperlulahnakdipost #kalauxpostbukanxsayang #jgncaridosa

Rata-rata pengguna Instagram dalam ruangan komen memuji kebolehan Zizie, isteri kedua Bung Moktar yang berasal dari Semenanjung, memasak hidangan Sabah dan mendoakan kesihatan suaminya.

Apa-apapun harapnya Datuk Bung Mokhtar akan cepat sembuh. InshaAllah.

Sumber Berita: Instagram Zizie Ezette

Written by AbangNara | July 23rd, 2015

Dalam diam, setelah pemergiannya menunaikan umrah, rupa-rupanya Zizie Ezette telah mengambil keputusan untuk mengubah penampilan diri dan tampil menutup aurat dengan bertudung sepenuhnya. Walaupun Zizie Ezette belum membuat sebarang pengakuan tentang penghijrahannya ini, rata-rata peminat telah mengucapkan tahniah kepada Zizie apabila kesemua gambar terbarunya menerusi akaun Instagram miliknya menampilkan dirinya dengan imej bertudung. Makin cantik, makin menawan dan makin sedap mata memandang.

zizie ezette bertudung

Zizie Ezette yang sememangnya cantik sebelum ini kelihatan semakin jelita dengan imej baru ini. Pastinya Bung Mokhtar adalah orang yang paling gembira dengan perubahan Zizie Ezette ini. Malah di dalam salah satu gambarnya, Zizie sempat memuatnaik kata-kata romantik buat suaminya yang tercinta. Tulis Zizie:-

My definition of the man in the family is to be a protector, provider, a leader, teacher and can also bring u closer to Allah.~

zizie ezette bertudung

Semoga penghijrahan ini berkekalan buat Zizie Ezette. Semoga Bung Mokhtar akan terus berjaya membimbing isterinya ke jalan yang diredhaiNya. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | July 9th, 2015

Bulan Ramadhan sudah hampir melabuhkan tirainya dan pada 10 malam terakhir Ramadhan ramai yang sibuk mengejar malam Lailatul Qadar. Ada juga diantara mereka yang mengambil kesempatan di bulan mulia ini untuk mengerjakan ibadah umrah sambil menikmati pengalaman menyambut bulan puasa di Mekah.

Baru-baru ini Zizie Ezette telah memuat naik foto beliau bertudung litup ketika berada di tanah suci Mekah.  Namun, beliau tidak keseorangan tetapi ditemani oleh suaminya, Bung Mokhtar Radin disana.

Sebelum berangkat seperti biasa Zizie Izette menerusi laman social Instagram miliknya ada meminta maaf kepada semua orang dan mendoakan supaya Umrahnya berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah, buat pertama kali saya di jemput untuk menjadi tetamu Allah dlm bulan baik dan mulia ini.

Dgn rendah hati, saya ingin memohon maaf andai kata ada perkataan atau perbuatan yg mengguris hati. In sha allah, saya tidak akan lupa juga untuk berdoa untuk anda semua. Amin amin ya rabbal alamin.?? #blessed #terimakasihallah #mecca #tanahsucimekah.

InshaAllah, amal ibadah Zizie Ezette dan suami akan berjalan lancar disana dan semoga kembali pulang ke tanah air dengan selamat.

Beberapa lagi foto Zizie Ezette mengerjakan umrah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

maleena

P.S: Yeah!!! Sale sampai licin daripada www.maleena.my ini memang terbaik!!! Harga serendah RM100. Design semua superb dan marvelous. Yang penting beli sebelum 10 Julai untuk pastikan dress Maleena ini sampai di tangan anda sebelum hari raya. Jangan lupa ikuti Instagram @maleenaofficial untuk tengok lebih banyak koleksi raya Maleena.