Written by Bella | October 17th, 2017

Nampaknya isu tidak puas hati Syazwan Zulkifly terhadap kepimpinan Zed Zaidi selaku presiden persatuan SENIMAN semakin hangat. Semalam, Zed menerusi portal mStar Online memberitahu beliau pernah menolong Syazwan menyelesaikan kes saman pelakon tersebut.

Kenyataan Zed itu menimbulkan rasa bengang Syazwan yang diluahkan menerusi akaun Instagramnya. Menurut Syazwan, beliau membayar sendiri saman tersebut ditemani pengarah Yeop Hitler Zami dan pihak SENIMAN tidak pernah membantu mahupun mengambil tahu mengenai isu saman beliau.

Ada baiknya juga untuk Syazwan dan Zed bertemu empat mata dan meluahkan segala rasa tidak puas hati dan berbincang secara baik untuk meleraikan segala kemelut yang ada.

Sumber Berita : Instagram Syazwan Zulkifly / mStar Online

Written by Bella | October 16th, 2017

Isu Tiz Zaqyah yang meluahkan rasa kecewa terhadap persatuan SENIMAN yang tidak mendatangkan sebarang faedah dan mengabaikan kebajikan artis turut mendapat perhatian rakan artis lain yang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tiz.

Menurut pelakon Ungku Ismail Aziz, tidak salah untuk Tiz menyuarakan pendapatnya secara terbuka di media sosial dan ia sekaligus menyelar tindakan Presiden SENIMAN, Zed Zaidi yang mahu pelakon wanita itu hadir ke mesyuarat ahli SENIMAN sekiranya beliau benar-benar serius ingin mempertahankan nasib artis.

Tambah Ungku Ismail lagi, kenapa harus bermesyuarat sahaja sedangkan beberapa masalah dalaman utama seperti waktu bekerja dan bayaran gaji artis yang tidak menentu, hak ahli dan perlindungan buat mereka yang terlibat dalam industri hiburan masih tidak dapat diselesaikan sehingga sekarang. Kerjaya sebagai artis ini mungkin indah di mata masyarakat tetapi hakikatnya mereka juga perlu melalui saat sukar.

Buat pelakon Syazwan Zulkifly pula, beliau merasakan dirinya di anak tirikan apabila digam oleh stesen televisyen Malaysia ketika mempunyai masalah dengan seorang pelakon daripada Singapura sebelum ini. Isu beliau sama sekali tidak mendapat perhatian serta bantuan daripada SENIMAN meskipun Syazwan adalah ahli persatuan tersebut. Syazwan juga menggelarkan SENIMAN sebagai “funnyman”.

Nampaknya semakin ramai artis yang sudah bersuara. Mungkin Zed Zaidi ada jawapan untuk kenyataan mereka ini? Sama-sama kita nantikan.

Sumber Berita : Instagram Ungku Ismail Aziz / Syazwan Zulkifly

Written by AbangNara | October 12th, 2017

Semalam, Tiz Zaqyah telah membuat satu luahan hati tentang peranan persatuan SENIMAN. SENIMAN adalah satu organisasi di mana semua artis di Malaysia harus mendaftar di bawahnya untuk membolehkan mereka bekerja . Namun menurut Tiz, tiada sebarang faedah yang diterima menjadi ahli SENIMAN selain daripada kad keahlian yang diterima.

tiz zaqyah

Tiz Zaqyah juga turut membuat membandingkan peranan SENIMAN dengan peranan persatuan yang sama di Hollywood. Ini luahan hati Tiz Zaqyah:-

tiz zaqyah

tiz zaqyah

Sudah tentu kata-kata daripada Tiz Zaqyah ini telah membangkitkan rasa kurang senang Presiden Seniman iaitu Zed Zaidi. Menurut Zed Zaidi, luahan rasa kecewa yang dilakukan oleh Tiz Zaqyah di laman sosia tidak memberi sebarang perubahan dan membantu pengiat seni lain. Sebaliknya jika Tiz benar-benar serius, dia perlu datang ke mesyuarat. Kata Zed Zaidi:-

Cakap senang, kita buat mesyuarat panggil semua pengiat seni tidak pernah nampak batang hidung pun. Kalau dia rasa berhadapan dengan masalah sila utarakan dalam mesyuarat nanti. Kalau banyak sangat complaint saya nak lantik dia jadi Ahli Jawatankuasa tahun depan. Jangan samakan kita dengan industri luar, mereka sudah lama, persatuan kita dalam proses pembelajaran dan sebab itu kita mahu semua orang beri sokongan dan idea.

Kad ahli itu adalah penting sebagai lesen supaya kawal industri daripada banjiran pelakon luar. Seperti negara jiran Indonesia, mereka ada syarat yang sangat ketat untuk membenarkan pelakon luar masuk industri mereka. Mereka buat begitu untuk mengutamakan pelakon-pelakon tempatan mereka. Kita perlu ada badan yang kawal dan beri lesen iaitu kad ahli kepada pelakon yang ingin aktif dalam industri.

zed zaidi
Zed Zaidi turut menjawab tentang persepsi negatif masyarakat terhadap artis ‘bimbo’. Kata Zed Zaidi lagi:-

Itu perkara utama saya perjuangkan iaitu sediakan peluang untuk artis sambung belajar peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Utara Malaysia. Apabila ramai artis yang sambung belajar, ia secara tidak langsung mengubah persepsi masyarakat bahawa artis Malaysia bodoh. Dia tidak tahu dan ambil tahu tentang perkara-perkara itu, dia hanya tahu cari kesalahan sahaja. Berkaitan masa bekerja itu kami sedang memperjuangkannya dan ia bukan sesuatu yang mudah seperti bercakap di laman sosial,

zed zaidi

Ada betulnya juga kata Zed Zaidi itu kan? Sembang pung pang pung pang tapi bila panggil untuk berbincang mengatasi masalah seorang pun tak nak datang. Lepas tue bila stress terus meluahkan perasaan di laman sosial. Kalau dah namanya persatuan, kenalah duduk berbincang, bertukar-tukar fikiran dan mengambil tindakan bersama-sama. Selagi tak ada kerjasama daripada rakan artis, selagi itulah SENIMAN tidak akan boleh menjalankan peranannya. Tak gitu? Apa pula pendapat anda? Sumber Mstar Online.