Written by AbangNara | January 5th, 2013

Akhirnya setelah dua hari berada di dalam Penjara Kajang, penderitaan Zarina Anjoulie telah pun berakhir. Adik perempuan tirinya telah pun hadir dan menjamin Zarina. Untuk makluman, sebelum ini tiada seorang pun ahli keluarga yang telah hadir untuk menjaminnya daripada tuduhan memiliki dadah.

zarina

Menurut laporan Bernama, Zarina keluar dari bilik lokap kompleks mahkamah Petaling Jaya dengan memakai baju-T berwarna kelabu serta bercermin mata gelap selepas dia diikat jamin. Buat masa ini, Zarina ingin berehat terlebih dahulu sebelum bakal mengadakan sidang media kelak. Kata Zarina kepada Media Hiburan:-

Kepada semua wartawan, bagilah peluang saya berehat dulu. InsyaAllah, dalam minggu depan saya akan jelaskan kesemuanya

Abang Nara tak tahu apa yang boleh dijelaskan kerana kes dadah Zarina hanya bakal disebut pada 8 Februari kelak. Sama-samalah kita tunggu kelak. Buat Zarina, berehat dan ambillah masa untuk merenung diri sendiri.

Written by AbangNara | January 4th, 2013

Sudah jatuh ditimpa tangga. Malang sungguh nasib si Zarina Anjoulie Lavocah ini. Presiden Seniman, Zed Zaidi hari ini berkata kepada Sinar Harian yang Zarina Anjoulie tidak akan dibenarkan berlakon sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah dalam perbicaraannya kelak.

zarina zed zaidi

Buat masa ini, Zarina Anjoulie telah pun digantung keahliannya daripada Seniman sehingga keputusan mahkamah dikeluarkan berkaitan kes dadahnya. Malah menurut Zed Zaidi, sekiranya ada pihak produksi yang mengambil Zarina Anjoulie walaupun didapati bersalah di dalam perbicaraaan, produksi tersebut boleh diambil tindakan.

Dalam kes Zarina, buat sementara ini kita akan gantung keahliannya kerana mahkamah belum lagi membuat keputusan. Namun, sekiranya mahkamah mendapati dia bersalah, Seniman akan terus memecatnya sebagai ahli. Secara automatik, nama artis yang sudah dipecat Seniman akan dibuang daripada senarai FINAS. Ini adalah syarat yang tertakluk dalam Padu Citra yang mewajibkan pelakon menyertai persatuan yang diiktiraf Finas. Jika masih ada produksi yang mengambilnya berlakon, kita boleh ambil tindakan.

zed zaidi

Memang nampak ketegasan Zed Zaidi dalam menangani isu dadah ini. Kepada artis lain yang ada niat untuk berjinak-jinak dengan dadah, lupakan je lah. Kang tak pasal-pasal tak dapat berlakon lagi. Kepada Zed Zaidi, dah habis isu dadah nanti apa kata cuba selesaikan masalah dedah pulak. Hehehe.

P.S: Jersi rasmi pasukan Darul Takzim FC untuk musim 2013.

Written by AbangNara | January 3rd, 2013

Mungkinkah ahli keluarga Zarina Anjoulie tiada di Malaysia sehingga mereka tidak tahu akan berita penahanan Zarina bersama teman lelakinya pada 30 Disember yang lalu? Ini kerana Zarina sekarang terpaksa meringkuk di dalam lokap akibat tiada seorang pun yang datang menjamin dirinya.a

zarina anjoulie

Zarina dikenakan ikat jamin RM2,000 dengan syarat penjamin adalah ahli keluarga. Teman lelaki Zarina telah pun diikat jamin oleh abangnya. Sayangnya tiada ahli keluarga Zarina yang hadir sehingga pukul 4 petang semalam sekaligus menyaksikan dirinya dibawa ke Kompleks Penjara Kajang.

zarina anjoulie

Nampaknya permulaan tahun 2013 adalah sangat tidak bagus buat Zarina Anjoulie kerana terpaksa bermalam di lokap sehingga tarikh perbicaraan pada 8 Februari kelak. Namun mana tahu pengalaman tersebut akan menjadi pengajaran yang berguna buat dirinya. Info asal Mstar Online.

Written by serenity | January 2nd, 2013

Pada 30 Disember lepas, seorang pelakon dan juga model yang dikenali kerana kontroversi, Zarina Anjoulie telah ditangkap bersama teman lelakinya dalam satu serbuan polis di sebuah rumah mewah di Damansara Damai kerana menyimpan dadah jenis eramin 5 di situ.

Hari ini, Berita Harian melaporkan yang Zarina mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan memiliki dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.

Zarina, 26, bersama seorang lagi rakannya, pelajar kolej swasta, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 26, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan sebutan ditetapkan pada 8 Februari ini.

Ada-ada saja dengan Zarina. Ingatkan dia sudah insaf setelah terbabit dengan pelbagai kontroversi seperti gambar separuh bogel dan gambar seksi dengan majalah FHM.

Dalam serbuan kira-kira tiga hari lepas, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah. Menurut sumber:-

Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.

Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis.

Buat pengetahuan anda, Zarina juga pernah ditangkap polis pada satu Ops Perayaan Tahun Baru Cina 2010 di LCCT kerana disyaki mengambil dadah. Pada masa itu, dia mengaku mengambil dadah Ketamin dan Syabu, tetapi pada masa pengakuan dibuat dia masih belum menjalani ujian air kencing.

Apa agaknya alasan tak masuk akal yang akan diberikan Zarina berikutan penangkapan ini? Bersama kita nantikan. 8D