Written by AbangNara | January 28th, 2011

yuna inspired

Setelah begitu lama mengintai dari tirai kamar, akhirnya kelmarin Abang Nara bertentang mata juga dengan Yuna. Abang Nara kecewa kerana Yuna lebih tinggi dari Abang Nara. Apa ke pendek benar diri ini. Tapi hakikatnya mungkin Yuna pakai kasut tinggi itu yang Abang Nara nampak pendek semacam je.

Sila jangan buat gosip Abang Nara pergi mengorat Yuna. Sebenarnya Abang Nara pergi ke pelancaran Yuna Inspired. Apakah itu Yuna Inspired? Basically akan ada kamera krew yang bakal ikut Yuna 24 jam untuk mengetahui hidup Yuna. Menarik kan? Dan paling best nanti akan ada contest untuk cipta lagu bersama Yuna. Pemenang nanti akan dibawa ke sebuah konsert khas.

Oh ye Yuna dah pun mengakui yang Qi adalah lelaki yang paling istimewa dalam hidupnya. Kiranya Yuna dah mengaku yang Qi adalah pakwenya la. Satu pengakuan yang bagus. Tak perlu nak berdolak-dalik kalau dah betul-betul sayang. Peminat zaman sekarang tak kisah sangat bab-bab cinta nie. Yang penting lagu best. Tak gitu?

Yuna Inspired dibawakan oleh Digi, Canon, Malaysia Airlines dan Astro Hitz. Abang Nara walaupun tak kenal Yuna secara mendalam tetapi Abang Nara tetap bangga dengan kejayaan Yuna. Daripada Youtube kini Yuna sudah pun menjadi seorang penyanyi yang ada brandnya yang tersendiri. Tahniah Abang Nara ucapkan. You deserved it.

Ikuti Twitter Yuna dan Facebook Yuna atau lawat laman web Yuna Inspired untuk lebih info tentang program ini. Lagi gambar sekitar pelancaran Yuna Inspired yang diproducekan oleh Jojo Struys dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Eman.

 
Written by AbangNara | December 14th, 2010

yuna dan hana tajima

Yuna confirmlah korang semua kenal kan? Tapi siapa itu Hana Tajima? Kalau anda seorang perempuan dan gilakan fesyen bertudung yang cantik menarik kau memang da bom, sudah tentu anda akan kenal Hana Tajima. Kalau anda tak kenal, mungkin boleh pergi ke website Hana Tajima untuk mengenalinya. Untuk makluman, Hana Tajima sudah kawin ye. So jangan gegatal berniat nak ngorat dia.

Lagi gambar Yunalis Zarai dan Hana Tajima di event Maysaa semalam. Terima kasih kepada Eman, photographer tak rasmi kami. Kalau anda nak kawin dan tak ada photographer lagi, boleh check out gambar hasil tangkapan Eman di Facebooknya. Memang marvelous.

 
Written by AbangNara | July 28th, 2010

yuna decorate

Hari Jumaat yang lepas kami telah pun berjaya mendapatkan tiket free untuk ke konsert Yuna sempena pelancaran albumnya yang diberi nama Decorate. Satu je perkataan yang mampu kami keluarkan selepas mendengar suara Yuna secara live. “TERBAIK“. Suara live Yuna memang sangat hebat dan sangat bagus berbanding dengan apa yang kami dengar di radio.

Yuna telah menyanyikan 16 lagu yang mantap-mantap belaka kesemuanya. Antara lagu yang menarik perhatian kami ialah Random Awesome, Penakut (lagu Melayu yang best), Rocket dan Permission. Habis konsert terus kami beli 3 cd album Yuna. Dan sudah semestinya on the way balik rumah kami telah melayan lagu-lagu Yuna. Memang best!!!

Kalau anda ingin membeli album Yuna, bolehlah tanya-tanya di Facebook Yunalis Zarai. Kalau nak tengok gambar masa time konsert Yuna, sila baca artikel ini sepenuhnya. Gambar kredit kepada Paktam (sila amik dia jadi wedding photographer anda).

 
Written by AbangNara | July 16th, 2010

yuna gadis semasa decorate

Berita baik untuk semua kipas susah mati Yunalis Zarai. Album kedua Yuna yang diberi nama “Decorate“bakal dilancarkan 23 & 24 Julai ini di Kuala Lumpur Performing Arts Centre. Yuna bakal menyanyikan 16 lagu malam tersebut. Dan yang pastinya lagu Melayu terbarunya yang diberi tajuk “Gadis Semasa” jugak akan dinyanyikan secara live.

Kepada peminat-peminat yang teringin nak dengar Yuna secara live, tiket boleh dibeli dengan harga RM60 dan RM80 di www. axcess.com.my. Sila beli secepat mungkin takut sold out nanti. Kami pun mungkin akan pergi jika ada kelapangan waktu. Apa pun tahniah kepada Yuna sebab dah berjaya menghasilkan album kedua. Teruskan usaha mu.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook Yunalis Zarai.

P.S: Nampak pelik pulak durian warna merah.