Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Xpax Big Freekin Sale! Memang Besar-Besaran Nie

Wednesday, January 20th, 2010

#Sila skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru

blacberry free access

Sebesar gambar promo di atas, sebesar itulah Xpax Big Freeking Sale. Terkesima sebentar kami membaca tawaran hebat dari Xpax nie terutamanya pasal Free Blackberry Access atau dalam bahasa Melayunya, Akses Percuma Blackberry. Memang best untuk kami yang memang dah ada Blackberry Curve 8520.

Untuk memudahkan, meh kami terangkan camner caranya untuk korang dapatkan Free Blackberry Access nie.

blacberry free access

1. Korang kena langgan plan Blackberry Advance (2.5G) setiap hari dari hari Isnin sampai Jumaat. Murah jer pun. RM2.50 untuk unlimited data. Boleh guna sesuka hati mak ayah korang. Kalau korang langgan plan nie 5 hari berturut-turut (pastikan Isnin sampai Jumaat), maka dengan murah hatinya Xpax akan bagi korang akses Blackberry percuma pada hari Sabtu dan hari Ahad. Kiranya korang dapat 2 hari akses percuma dengan bayaran hanya untuk 5 hari je. Berbaloi-baloikan?

blacberry free access

2. Cara nak subscribe? Senang jer. Korang tiru macam gambar kat atas tue. On kan Blackberry korang tue, taip BB ON dan hantarkan ke 28882. Senang gile kan?

3. Lakukan benda yang sama sampai 31 Mac 2010 sebab promosi besar-besaran Xpax nie akan tamat time tue. Kitorang dah start guna pun plan nie hari Isnin hari tue. Nampaknya bakal merasa Free Blackberry Access la Sabtu Ahad nie nanti.

Bang Nara, best sangat ke Blackberry nie? Dari dulu lagi Bang Nara beria promote Blackberry.

blacberry free access

Kalau tak best kami tak promote dik oii. Dengan Blackberry nie, korang boleh buat semua benda yang berkaitan dengan internet. Boleh Facebook, boleh YM, boleh MSN Messenger, boleh Twitter, boleh tengok peta bila sesat jalan, boleh check email. Dan yang paling penting korang boleh bukak BeautifulNara nie bila-bila masa je. Lagi-lagi dengan promosi besar-besaran Xpax Big Freekin Sale nie. Memang puas hati!!!

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Xpax Big Freeking Sale.

XPAX Setiap Bulan Bonus Kini Ganda Dua

Friday, November 20th, 2009

promo celcom

Sekaranglah masanya kalau untuk anda bertukar nombor tepon anda kepada XPAX. Jangan lupa yang bulan November ngan Disember nie, bonus nie akan berganda 2 kali. Kalau biasa dapat 8%, kali nie leh dapat sampai 16%. Memang berbaloi-baloi.

Korang boleh baca kat atas tue perbezaan antara XPAX dengan telco lain. Bukan nak jek lebih tapi rasanya memang XPAX lebih baik dan berbaloi daripada yang lain-lain.

Untuk lebih maklumat lanjut, gi lawat website XPAX nie.

Xpax Blackberry Curve 8520 Launch Party

Thursday, October 8th, 2009

#Sila skroll ke bawah untuk baca artikel terbaru

xpax blackberry launch party

Macam biasa hari nie selepas balik kerja kami pun online la kejap untuk check email dan update blog. Tiba-tiba terpandang satu email yang bertajuk “Your Invitation To Xpax Blackberry Launch Party”. Biar betik, kata diri ini di dalam hati. Lepas tue baru teringat yang hari tue kami ada mendaftar kat http://xpax.com.my/blackberry untuk pre-register nak dapatkan Blackberry Curve 8520 nie. Tak sangka pulak leh dapat invitation nie. Terima kasih banyak-banyak ye Xpax.

Rasanya ada jugak 2 3 orang readers yang email kitorang cakap diorang pun dapat invite untuk pergi launching parti nie. Meh kitorang bagi details skit kot-kot ada yang dapat invite tapi tak tau kat mana dan apa yang bakal ada malam tue.

Date: 10 October 2009 (Saturday)
Time: 8pm till late
Venue: Republic, Sunway Pyramid
Highlights: Special performances by Joe Flizzow, Arabyrd, Lapsap(Xu) and Twilight Action Girl

Kitorang akan pergi tapi bukan untuk berparti sangat la. Sebab utama kitorang pergi ialah nak beli Blackberry Curve 8520 nie malam tue jugak. Murah tue beb, RM888 je. Kalau tak beli malam tue, harga dia RM1188. Beza kat RM200 gak tue. Yang lagi best, bayar malam tue dapat time tue gak. Memang kitorang akan terus layan ~~~

Jangan terkejut kalau kami bagitau yang dengan RM2.50(2 hinggit 50 sen jer) korang boleh guna unlimited @ full akses. Tak kira la korang nak bukak FB ke FS ke MS ke selang seminit, semua tue charge dia RM2.50 je beb. Memang terlebih berbaloi-baloi nie. Murah bangat seh ~~

Nanti kami akan update lagi info pasal malam launching party Xpax Blackberry nie. Ada sesapa yang dah dapat invitation dan nak pergi? Leh kita pakai baju kaler sama kasik gegar kat sana nanti.

Azwan Ali Insaf Jua Akhirnya?

Saturday, September 26th, 2009

azwan ali insaf

Patutlah senyap ajer semenjak dua si Azwan Ali laser nie. Rupanya dia pergi buat umrah dari 7 September sampai 24 September baru-baru nie. Sekarang nie dengar khabarnya dah berubah kesan daripada umrah nie. Katanya dia bukan Azwan Ali yang dulu lagi. Dah berubah. Can you believe it or not?

Sejuk hati kami dengar yang Azwan Ali doakan diampunkan dosa 10 orang musuh-musuh dia. Siap boleh tau bilangan musuh lagi nie. Rasanya Azwan Ali nie ada satu list buku yang bertajuk “Senarai Musuh Azwan Ali”. Sapa buat jahat kat dia compem masuk dalam list dan akan dibantai dalam blog dia.

Banyak jugak pengalaman menarik Azwan Ali time buat umrah nie. Ada rama-rama la terbang masa dia sembahyang. Bas boleh bergerak 140km tanpa dihidupkan enjin. Macam-macam lagi lah. Memang betullah orang kata kat tempat Nabi nie semua benda boleh berlaku.

Buat Azwan Ali, harap-harap umrah kali ini mengubah anda menjadi orang yang lebih baik daripada sebelum nie. Jangan laser-laser dan mengutuk orang lagi tau. Tak baik tau buat orang sakit hati.

Sedikit info berkaitan dengan Xpax Blackberry Curve 8520, tak lama lagi rate dan harga akan dikeluarkan oleh Xpax. Untuk yang belum pre-register, silalah pre-register terlebih dulu kat http://xpax.com.my/blackberry. Nanti boleh dapat special rate dan freebies.

Dan jangan lupa untuk undi BeautifulNara for Best Entertainment Blog dan Most Influential Blog setiap 2 jam. Kalau menang kitorang belanja makan nasik goreng daging masak merah. Lazat tue ~~~

Xpax Blackberry Curve 8520

Thursday, September 24th, 2009

#Sila skroll ke bawah untuk gosip terbaru

Xpax

Kami kompem korang berabih banyak duit untuk hari raya kan? Sebab kami pob sama gak. Beli baju la, kasut lah, tudung, songkok, baju melayu, belum kira duit raya anak buah lagi. Semuanya menggunakan pulu$.  Tapi ada satu perkara yang korang boleh buat tanpa menggunakan duit, tapi ini dikira HADIAH hari raya untuk diri korang sendiri.

Hadiah ni memang best ; ada gaya, apa lagi kalau bukan Xpax Blackberry Curve 8520. Korang cuma perlu pre-register sekarang tanpa perlu bayar apa-apa. Bila Xpax launch Blackberry Curve 8520 ni, korang akan jadi orang terawal yang dapat tahu tentang harga & pakej yang bakal ditawarkan kepada pengguna prepaid Xpax.

Kenapa kena jadi orang terawal?? kalau register lepas Xpax launch pon boleh kan? Kami tahu mesti soalan ni bermain-main dalam kepala korang. Burung yang keluar sarang awal akan dapat cacing dulu. Begitulah bak pepatah orang putih (early bird gets the worm). Katakanlah korang ada hati ngan Xpax Blackberry ni tapi korang nak tunggu dulu, nak tunggu launch laa..nak tengok dulu lah. By the time korang nak beli, habis. Haa, camne? Menangis tiada guna.

Oklah, cuba kita tengok lagi kelebihan Xpax Blackberry Curve 8520 ni….

  • Hardware/Processor : 512Mhz processor
  • Dimensions (mm) : 109 x 60 x 13.9 mm
  • Weight (g) : 106 (ketupat pon tak seringan ni)
  • QWERTY-Keyboard
  • Navigation Key : Trackpad macam laptop
  • Memory Slot : microSD/SDHC, up to 16GB  (boleh letak lagu raya)
  • Wi-Fi boleh layan BeautifulNara sambil minum kopi sedap  Starbucks, penuh gaya
  • Camera 2.0 Megapixels dengan Max. Resolution 1600x 1200   boleh korang jadi paparazzi kalau jumpa artis jgn lupa amik gambar pastu hantar kat BeautifulNara OK….

P.S: Nampak tak ada “Undilah BeautifulNara” kat tepi tue? Untuk pengetahuan anda, kami telah dicalonkan untuk 2 kategori dalam Nuffnang Blog Awards iaitu Best Entertainment Blog and Most Influential Blog. Memang terharu gila-gila sebab umur BeautifulNara tak sampai pun setahun lagi dah dapat pencalonan untuk 2 kategori. Jadi kami nak mintak jasa baik korang semua, undilah kami di sidebar tue setiap 2 jam. Tapi kena vote untuk semua kategori baru la boleh submit vote anda. Mintak tolong ye ^_^. Thanks a a lot.