Written by AbangNara | August 24th, 2012

Agak menarik topik yang dibawakan oleh majalah InTrend keluaran September 2012 ini. Menampilkan Yuna selaku penghias muka depan, tajuk “Hijab Hipster” telah dipilih oleh pihak editorial InTrend. Tajuk ini sangat bersesuaian dengan sambutan Hari Raya yang masih lagi terasa bahangnya.

yuna intrend

Selain daripada Yuna, Datin Norjuma, Natasha Hudson, Wilma dan Irma Hasmie turut tampil di dalam edisi InTrend kali ini. Apakah gaya hijab yang dibawakan oleh mereka? Kalau nak tahu, kenalah beli majalah InTrend. Cepat dapatkannya sebelum kehabisan stok.

Written by AbangNara | January 19th, 2012

Siapa sini yang tak kenal Wilma Mohammad bermakna dia lahir pada tahun 2000 dan ke atas. Untuk makluman, Wilma merupakan seorang pelakon yang sama-sama naik dengan Wardina suatu ketika dahulu. Namun Wilma telah lama mendiamkan diri selepas berkahwin dan selepas membuat keputusan mengubah penampilan diri.

wilma

Rasanya ramai yang sedia maklum yang Wilma sudah lama bertudung. Pertama kali Abang Nara melihat cover Majalah Jelita yang menampilkan diri Wilma, agak kagum jugak dibuatnya. Wilma tetap maintain muda dan menarik seperti awal-awal kemunculannya dahulu. Kena pergi korek rahsia awet muda Wilma nie.

Lagi beberapa keping gambar Wilma Mohammad semasa sesi photoshoot untuk majalah Jelita Februari 2011 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Majalah Jelita.