Written by Bella | January 16th, 2017

Muncul dengan single berjudul Ini Lagi Boom bersama penyanyi rap popular Waris, pelakon Nora Danish memberitahu beliau sebenarnya tidak mempunyai hasrat untuk serius dalam bidang nyanyian. Nora menerima tawaran untuk menyanyi hanya sekadar suka-suka dan ingin memeriahkan industri muzik tanah air.

Saya tidak boleh menyanyi langsung tapi bila pihak KRU dan Waris benar-benar yakin bahawa saya boleh melakukannya, jadi saya cuba.  Tapi projek ini hanya sekadar suka-suka sahaja dan saya tidak fikir untuk serius atau jadikannya sebagai kerjaya pula.

Dalam lagu ini Waris yang banyak menyanyi, saya hanya rap sahaja, itu pun bukanlah rap, tapi saya rasa macam sajak sahaja.

Baru-baru ini berita Nora yang ingin mencuba nasib menjadi penyanyi menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menyokong beliau dan tidak kurang juga mereka yang mempersoalkan kemampuan Nora untuk menyanyi.

Sumber Berita : mStar Online

Sumber Video : YouTube KRU Music

Written by Bella | January 10th, 2017

Sepuluh tahun menceburi bidang lakonan, kini Nora Danish mahu mencuba nasib bergelar penyanyi apabila berkolaborasi bersama penyanyi rap terkenal Waris menerusi lagu Ini Lagi Boom kerjasama antara dua syarikat muzik  tempatan iaitu KRU dan Mixology Music.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Datuk Norman Abdul Halim mereka kali ini memberikan sedikit kelainan apabila menampilkan seorang pelakon yang tidak pernah menyanyi dengan seorang lagi penyanyi profesional.  Dengan kerjasama ini, Norman harap ia dapat memeriahkan lagi industri muzik Malaysia.

Amalan ini biasa dilakukan di negara barat dan kolaborasi secara perkongsian di antara syarikat rakaman tempatan memang wajar untuk memberikan kepelbagaian kepada peminat industri muzik tempatan.  Kami berharap kerjasama seperti ini dapat memeriahkan lagi industri muzik Malaysia yang kini makin progresif.

Sementara itu, DJ Fuzz selaku peneraju Mixology Music berkata, lagu yang dihasilkan oleh beliau, Waris dan Aziquebeats itu menepati cita rasa penggemar muzik tempatan.

Pastinya peminat Nora tidak sabar menantikan buah tangan sulungnya sebagai penyanyi. Waris juga tampil berbeza menerusi lagu ini kerana beliau bukan sekadar menyanyi rap. Saya berharap kolaborasi ini mendapat sambutan menggalakkan.

Tak sabar pula kami ingin mendengar lagu berkenaan, siapa tahu mungkin Nora Danish sesuai untuk menjadi penyanyi? Mesti sedap suara Nora kan..Hehe..

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by serenity | August 6th, 2015

Penyanyi rap Waris telah selamat bergelar suami bersama gadis pilihan hatinya Izzati Amirah Kamaruddin. Pasangan Waris dan Izzati telah dinikahkan di Surau Al-Wehdah, Taman Lestari Permai, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, sekitar pukul 5.42 petang Sabtu lalu.


 photo tumblr_nsguf4AmxM1tbjknso1_1280.jpg
Koleksi gambar pernikahan ini ialah dari jurugambar Zawa Jasmi. Lagi 30 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Let's wear the mask….."WE wear the mask that grins and lies, It hides our cheeks and shades our eyes, This…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Saturday, 1 August 2015