Written by Bella | March 27th, 2017

Ya, kami tahu mungkin ada yang mengatakan “eh ada lagi isu Shah dan Uqasha ni” tapi kali ini mungkin yang terakhir kerana ia adalah kenyataan balas Uqasha Senrose pula.

Selepas ramai netizen mengkritik beliau memegang tangan Shah Iskandar yang berstatus suami orang dan menyarankan beliau untuk memohon maaf kepada isteri Shah iaitu Sarah. Uqasha nampaknya benar-benar melakukan saranan netizen itu.

Tidak mahu rumah tangga Shah berantakan, Uqasha memberitahu beliau sudah memohon maaf dengan Sarah.

Saya ada menyampaikan pesanan melalui Shah kepada isterinya bahawa saya meminta maaf dan minta dia jelaskan perkara sebenar pada majlis berkenaan, saya tiada apa-apa hubungan dengan suami dia. Saya tidak mahu perkara ini menimbulkan perasaan tidak senang terhadap saya. Shah sudah beritahu isterinya tentang itu dan dia juga faham situasi kami.

Uqasha juga tidak mahu terlalu mengambil peduli dengan kritikan masyarakat terhadap beliau kerana sudah lali dengan perkara itu.

Baguslah kalau sudah mohon maaf dengan isteri Shah. Harapnya, isu ini akan tamat dan tidak lagi diperkatakan.

Sumber Berita : mStar Online

P.S: Abang Nara ada berita baik untuk ada yang baru sahaja mendapat keputusan SPM. Pasti hebat-hebat belaka. Kini anda berpeluang untuk melanjutkan pelajaran peringkat diploma dengan Universiti Malaya untuk sesi pengambilan Mei 2017. Buat adik-adik yang baru dapat keputusan SPM dan mahu melanjutkan pelajaran, Abang Nara cadangkan agar mengambil program Diploma Universiti Malaya. Banyak kursus-kursus menarik seperti perakaunan dan pengurusan. Boleh sambung belajar sama ada di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan atau Johor. Inilah peluang yang bagus untuk menyambung pendidikan anda. Maklumat lanjut layari www.umcced.edu.my.

Written by Bella | March 25th, 2017

Sehingga hari ini, masih ada lagi netizen yang mempersoalkan tindakan Shah Iskandar memegang tangan Uqasha Senrose. Hampir setiap hari, pelbagai kritikan dilemparkan kepada kedua-dua pelakon ini.

Mungkin sudah rimas dengan persepsi negatif yang diterima, Shah menganggap isu tersebut tidak harus diperbesarkan lagi. Shah menegaskan beliau memegang tangan Uqasha semata-mata untuk memastikan keselematan  serta keselesaan Uqasha yang ketika itu memakai kasut bertumit tinggi.

Saya perlu memastikan Uqasha selesa dan tiada apa-apa yang buruk berlaku. Bukan hanya Uqasha, tetapi saya juga melakukan perkara yang sama terhadap pelakon wanita lain. Saya tidak berbuat apa-apa kesilapan, jadi ada baiknya perkara ini tidak diperbesarkan.

Saya faham asam garam dunia hiburan apabila perkara kecil sengaja diperbesarkan untuk menarik perhatian ramai. Saya mengaku memimpin tangan Uqasha, tetapi saya tiada niat lain kecuali memastikan keselamatannya.

Tambah Shah, beliau bersyukur kerana isteri beliau memahami apa yang berlaku dan isu tidak menimbulkan sebarang masalah didalam rumah tangga mereka.

Syukur kerana isteri memahami malah enggan memperbesarkan isu ini apabila ada pihak media menghubungi untuk mendapatkan komennya.  Sebelum ini, saya pernah memimpin tangan pelakon wanita lain tetapi tidak pula diperbesarkan. Lagipun, ia tidak membabitkan perasaan jadi tidak perlu ia dijadikan isu.

Shah Iskandar & Isteri

Mana-mana pelakon wanita yang bergandingan dengan Shah Iskandar pasti beruntung bukan kerana Shah seorang yang prihatin dan sering menjaga keselamatan mereka. Memang “gentleman” habis Shah ni. Hehe

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | March 20th, 2017

Gara-gara berpegangan tangan dengan pelakon Shah Iskandar yang umum mengetahui sudah berkahwin, pelakon Uqasha Senrose sekali lagi dihimpit kontroversi dan menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Enggan isu ini terus berpanjangan, Uqasha yang mengakui  ada memegang tangan Shah menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelakon lelaki itu.

Saya terkejut juga bila ramai yang melenting marah dengan saya kerana isu pegang tangan itu. Saya akui memang ada pegang tangan dia, tetapi bukannya dalam keadaan terlalu mesra atau seperti pasangan kekasih. Ia berlaku cuma sekejap sahaja pun.

Sejujurnya saya dengan Shah sudah lama berkawan baik dan hubungan kami sudah umpama adik-beradik. Kebetulan pula kami selalu digandingkan bersama ketika berlakon dan kemesraan itu sekadar kawan sahaja. Jadi saya rasa kelakar juga bila ada yang cuba menjadikan ia isu. Mungkin mereka tak tahu saya ini macam mana dengan Shah.

Pada masa yang sama, Uqasha memohon maaf sekiranya perlakuannya itu menimbulkan salah faham ataupun menyinggung mana-mana pihak. Uqasha berharap dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak yang akan terus memanjangkan isu terbabit.

Sumber Berita : Utusan Malaysia

Written by Bella | March 15th, 2017

Foto Shah Iskandar yang berpegangan tangan dengan Uqasha Senrose ketika menghadiri acara hiburan baru-baru ini mencetuskan pelbagai spekulasi termasuk persoalan adakah mereka sedang bercinta? Iyalah, umum mengetahui Shah sudah berkahwin.

Tidak mudah melatah dengan gosip tersebut, Shah menjelaskan  beliau dan Uqasha tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dan sudah menganggap pelakon wanita itu seperti adiknya sendiri.

Saya menganggap Uqasha seperti adik sendiri kerana jarak usia antara kami. Malah, drama Syurgaku Tak Sempurna lakonan kami bukanlah gandingan pertama saya dengan dia. Jadi, kali ini keserasian antara kami jadi lebih mudah.

Boleh dikatakan, setiap kali berlakon, pasti timbul gosip sebegini. Takkan saya hendak menjalinkan hubungan cinta setiap kali terbabit dalam penggambaran? Isteri bagaimanapun ada bertanya, sama ada benar saya memimpin tangan Uqasha? Namun, dia tidak pula berfikiran negatif setelah mendengar penjelasan saya.

Untuk pengetahuan anda, Shah dan Uqasha kini bergandingan di dalam drama, Syurgaku Tak Sempurna yang ditayangkan di Hypp TV.

Shah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Sarah pada 16 Januari tahun lepas di Singapura.

Sumber Berita : BH ONLINE