Written by AbangNara | May 14th, 2013

Fuh ~~ Memang besar sungguh nama-nama yang bakal membuat persembahan di Konsert Malam Amal Bersama 3 Diva. Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim dan Uji Rashid kesemuanya hebat-hebat belaka. Mendengar nama mereka pun Abang Nara dah cukup teruja dibuatnya.
divaKonsert Malam Amal Bersama 3 Diva akan berlangsung pada 12 Jun ini di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Walaupun timbul khabar angin menyatakan Uji Rashid menarik diri daripada konsert ini kerana tidak menghadiri sidang akhbar yang dijalankan baru-baru ini, perkara tersebut ternyata tidak benar. Ketiga-tiga mereka disahkan bakal beraksi.
diva
Semoga Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim dan Uji Rashid dapat memberikan yang terbaik di dalam konsert ini kelak. Beberapa keping gambar lagi dengan membaca entri ini sepenuhnya.
danakcmP.S: Nak sambung belajar tapi tak cukup duit? Jangan risau sebab DanaKCM sudi membantu anda. Lawati www.danakcm.my untuk info lanjut.

 
Written by AbangNara | January 15th, 2013

Ingatkan sudah tamat kontroversi berkaitan AJL27 dan Uji Rashid. Rupa-rupanya belum lagi. Hari ini Zed Zaidi menerusi akaun Twitternya telah mendesak pihak TV3 untuk memohon maaf kepada Uji Rashid kerana apa yang dilakukan adalah satu penghinaan.

zed zaidi desak tv3

Agak menarik apabila Zed Zaidi mempersoalkan sama ada TV3 hanya memikirkan keuntungan dan tidak mempedulikan langsung rasa hormat terhadap artis-artis Malaysia.  Diharap desakan sebegini agak menyebabkan golongan artis tidak dipandang rendah oleh pihak-pihak lain. Mereka juga punya hati dan perasaan.

Written by AbangNara | January 10th, 2013

Walaupun AJL27 telah berlangsung kira-kira seminggu, baru hari ini Uji Rashid tampil di Utusan Malaysia untuk meluahkan isi hati tentang kontroversi yang melanda dirinya. Selama ini memang tidak pernah sebarang “statement” dikeluarkan daripada pihak Uji Rashid.

uji rashid

Untuk anda yang tidak tahu, Uji Rashid telah dipilih oleh Yuna untuk menyanyikan lagunya sebelum digantikan oleh Aizat di saat-saat akhir. Bagi Uji Rashid, cara dirinya disingkirkan adalah sangat tidak sopan dan tidak beradab.

Sebaliknya saya kecewa dengan cara mereka ‘menyingkirkan’ saya tanpa adab dan sopan seperti sepatutnya. Saya hanya diberitahu tiga hari sebelum majlis anugerah berlangsung. Ketika itu mereka sudah memilih Aizat menggantikan tugas saya, sedangkan pelbagai persediaan sudahpun saya lakukan sebelum itu. Saya anggap ini penghinaan kepada artis lama seperti saya. Sepanjang 38 tahun menyanyi, detik-detik ini adalah sesuatu yang paling mengecewakan saya.

Abang Nara sebenarnya pelik kerana baru-baru ini boss TV3 iaitu Ahmad Izham Omar memaklumkan bukan TV3 yang menggugurkan Uji Rashid. Sebaliknya keputusan tersebut telah diambil oleh pihak pengurusan Yuna. Memang agak confusing di situ. Susah nak pastikan siapa sebenarnya yang berada di pihak yang benar.

uji rashid

Apa-apa pun, kepada Uji Rashid, bersabarlah. Pasti ada hikmah di sebalik dugaan ini. Abang Nara pasti selepas ini akan lebih terbuka pintu rezeki buat Uji Rashid. Yang penting kena anggap ini sebagai salah satu liku cabaran dalam kehidupan. Tak ke gitu?

P.S: Pantai di sebalik gua di Sepanyol

Written by AbangNara | January 9th, 2013

Akhirnya boss besar TV3 iaitu Ahmad Izham Omar telah pun bersuara mengenai kontroversi yang melanda Uji Rashid. Untuk anda yang tidak tahu, sepatutnya ketika malam AJL27, Uji Rashid yang menggantikan Yuna untuk menyanyikan lagu Terukir Di Bintang, bukannya Aizat.

uji rashid

Secara umum, banyak pihak menyalahkan pihak penganjur AJL27 yang menggugurkan Uji Rashid di saat-saat akhir. Namun menurut Ahmad Izham Omar, keputusan tersebut telah dilakukan oleh pengurusan Yuna, bukannya TV3. Katanya kepada portal Murai:-

Semua persembahan di pentas AJL adalah idea dan konsep yang diketengahkan oleh penyanyi dan pencipta lagu sendiri. Memang pihak produksi AJL27 daripada awal mengetahui Yuna memilih Uji Rashid sebagai penggantinya dan produksi tiada masalah dengan pemilihan Yuna tersebut. Tetapi ketika sesi latihan dibuat bersama pemuzik beberapa hari sebelum berlangsungnya AJL 27, mereka yang berada bersama di situ merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan persembahan lagu Terukir Di Bintang. Sebab utama saya kurang jelas kerana perkara ini datangnya daripada pemuzik dan mereka lebih arif dengan apa yang mereka tahu. Setelah itu, produksi memanggil pihak pengurusan Yuna dan menjelaskan apa yang berlaku ketika sesi latihan. Demi kebaikan semua pihak, produksi mengusulkan pengurusan Yuna mendapatkan penyanyi gantian dan mereka telah memilih Aizat dan bukannya penganjur yang memilih Aizat dan menggugurkan Uji Rashid. Tidak wujud isu di mana ada pihak mengatakan penganjur yang telah membuat segala keputusan mengenai pertukaran penyanyi gantian Yuna. Semua keputusan dibuat setelah pihak produksi dan pengurusan Yuna berbincang terlebih dahulu

uji rashid

Persoalan yang timbul ialah bagaimana Uji Rashid boleh tidak tahu mengenai keputusan menggantikan dirinya lebih awal? Adakah terdapat miscommunication atau pihak-pihak tertentu dengan sengaja enggan memaklumkan keputusan tersebut? Apa pun perkara ini sudah berlalu dan tidak boleh diperbaiki lagi. Cuma harapnya di masa depan perkara yang sama tidak berulang lagi .

P.S: Video apa yang dilihat oleh ahli bomba