Written by AbangNara | December 17th, 2012

Untungnya Shah Rukh Khan mendapat mentor sehebat Tun Mahathir. Pasti banyak nasihat, ilmu dan pandangan yang diterima oleh Shah Rukh Khan daripada Tun Mahathir terutama mengenai kehidupan. Jeles pulak Abang Nara dibuatnya.

shah rukh khan

Untuk yang tidak tahu, Shah Rukh Khan telah terbang ke Kuala Lumpur dengan jet peribadinya untuk hadir ke majlis sambutan hari jadi ke 87 Tun Mahathir. Memang sangat penting nampaknya Tun Mahathir di mata Shah Rukh Khan. Shah Rukh telah hadir bersama dengan isterinya ke majlis anjuran Lord Taylors ini.

shah rukh khan

Shah Rukh Khan akan memastikan yang beliau bertemu dengan Tun Mahathir beberapa kali setiap tahun. Antara kata-kata yang dituturkan oleh Shah Rukh mengenai pertemuannya dengan Tun Mahathir ialah:-

Saya mula mengenali beliau (Tun Dr Mahathir) sejak 15 tahun yang lalu. Sejak mengenali beliau, hidup saya lebih bermakna kerana beliau inspirasi buat diri saya sendiri. Setiap kali bertemu dan berbual dengan beliau, saya rasa cukup senang. Beliau sangat bijak dan mempunyai pengetahuan yang cukup luas dan besar. Saya bertuah kerana dapat mengenali beliau. Dia bukan saja mentor buat saya, malahan merupakan salah seorang individu paling bermakna dalam hidup saya. Saya akan sentiasa membawa prinsip dan falsafahnya ke mana saja saya pergi.

shah rukh khan

Semoga hubungan mesra antara Shah Rukh Khan dan Tun Mahathir akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lagi 7 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit info portal Murai.

 
Written by AbangNara | September 13th, 2012

Hobi Abang Nara dari kecil sampai sekarang ialah membaca. Kadang-kadang sampai kena marah dengan ayah Abang Nara sebab membaca di atas meja makan. Mungkin sebab dari kecil ayah Abang Nara selalu belikan novel untuk dibaca, habit ini melekat sampai ke dewasa. Yang terbaru Abang Nara tengah cuba habiskan buku “Doktor Umum, Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad”.

mphonline

Secara jujur buku ini sangat menarik sebab ianya mengandungi banyak penerangan daripada Tun Mahathir tentang tindakan-tindakan tertentu yang telah diambilnya. Cara penulisan pun simple, mudah difahami dan tidak terlalu formal. Yang paling penting, Abang Nara beli buku ini dengan harga RM47.92 sahaja. Dapat 20% diskaun sebab beli secara online di laman web MPHOnline. Harga asalnya ialah RM59.90.
mphonline
Sejak MPH di Midvalley ditutup, Abang Nara memang beli buku secara online je di MPHOnline. Yang menariknya selain daripada buku, Abang Nara pun boleh order alat tulis, kad hari jadi dan cenderahati. Tambah menarik bila Abang Nara tahu ada satu section di MPH yang diberi nama Mutiara Minda. Mutiara Minda ini memang dikhususkan untuk semua buku dalam Bahasa Melayu.
mphonline

Sempena Hari Malaysia yang bakal tiba, Mutiara Minda sedang mengadakan promosi hebat daripada 13 hingga 30 September ini. Kesemua buku Bahasa Melayu akan diberi diskaun sebanyak 15% dan buku terpilih mendapat diskaun sehingga 25%. Paling penting, penghantaran ke seluruh negara adalah PERCUMA. Seriously memang banyak buku-buku yang best boleh dibeli di Mutiara Minda ini. Boleh kelabu mata dibuatnya.
mphonline
Dan khas kepada pembaca BeautifulNara, pihak Mutiara Minda nak bagi 2 novel PERCUMA kepada 20 pembaca bertuah. Anda hanya perlu tulis di ruangan komen apakah novel yang paling best anda pernah baca dan sebab musababnya. Contoh komen ialah “Saya suka gila baca novel Ombak Rindu sebab membuatkan dada saya berombak dengan kesedihan yang melampau. Berjujuran air mata ini”.
mphonlineUntuk maklumat lanjut, layari MPHOnline.com. Selamat mencuba!!!

Written by AbangNara | October 3rd, 2011

Agak terkejut Abang Nara membaca kenyataan Tun Mahathir semalam. Bukan apa, tak sangka yang Tun juga mengikuti perkembangan filem Malaysia yang semenjak dua ini sering dipenuhi cerita hantu dan seram. Terdetik jugak kebenaran tentang kata-kata Tun Mahathir.

filem hantu

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi filem ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik.

Filem dan drama televisyen memaparkan kisah hantu hanya menggalakkan kepercayaan tahyul yang tidak mempunyai asas sama sekali. Kita, terutama umat Islam, perlu tahu bahawa hanya Allah mempunyai kuasa ke atas segala-galanya.Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, manusia mempunyai apa yang dipanggil sebagai ‘peripheral vision’. Jadi sekumpulan pelajar perempuan di asrama yang bercerita mengenai hantu akan melihat imbasan lembaga atau bayang-bayang melalui ekor mata dan terkena serangan histeria.

Kemungkinan besar Tun Mahathir kecewan dengan masyarakat kita yang mudah tertipu dengan bomoh-bomoh sekaligus kerugian jutaan ringgit saban tahun.

Untuk bergerak dan maju ke hadapan, kita perlu banyak menerapkan cara berfikir secara saintifik dalam menyelesaikan masalah, bukan bergantung pada bomoh. Kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak boleh mengubati orang dengan kemenyan. Dulu kita tidak ada cara lain mungkin boleh guna cara itu.

Buat masa ini, Majlis Fatwa Kebangsaan dilaporkan akan mengkaji fenomena filem hantu ini. Kalau diharamkan, nampaknya penerbit filem Malaysia terpaksalah beralih kepada genre lain pulak selepas ini.

Apa pulak pendapat anda? Adakah anda percaya filem hantu dapat mempengaruhi minda kita?

Written by AbangNara | January 6th, 2011

siti nurhaliza tun mahathir

Pertama-tamanya kami di BeautifulNara ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Siti Nurhaliza kerana bakal ada talk show sendiri. Program yang diberi nama “Siti” ini bakal diudarakan di Astro. Nampaknya Datuk Siti dah maju setapak lagi. Dari bidang nyanyian ke bidang perniagaan dan kini ke bidang pengacaraan. Nampak macam Oprah Winfrey la pulak.

Dan tetamu pertama untuk talk show Datuk Siti ini tak lain tak bukan ialh Tun Mahathir. Hebat gila kan? Kami kagum melihat Tun Mahathir yang nampak sihat dan masih bertenaga lagi. Datuk Siti pun nampak ceria dan comel masa ini. Mungkin ada berita gembira yang masih belum dihebahkan olehnya?

Lagi gambar-gambar Datuk Siti Nurhaliza bersama Tun Mahathir dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada RunWitMe.

P.S: Apa motif pakai kasut camnie? Pening kepalaaa