Written by AbangNara | May 25th, 2011

tiz dan aisyah

Ala comelnya kedua-dua makhluk ciptaan Allah di atas. Nampak gayanya Tiz memang ada ciri-ciri ibu penyayang. Tengok teknik dia memegang Aisyah pun dah tahu. Rasa-rasa nanti kalau Tiz terjadi kahwin ngan Remy Ishak, confirm anak diorang secomel Aisyah. Tak gitu?

Lagi beberapa keping gambar Tiz Zaqyah dan Nur Aisyah dengan membaca entri ini sepenuhnya. Jangan lupa follow Tiz di Twitter dan LIKE Facebook Aisyah.

P.S: Menangis Abang Nara melihat ketabahan adik Tae Ho ini.

 
Written by AbangNara | May 5th, 2011

tiz zaqyah

Semenjak dua ini makin cantik pulak gaya si Tiz Zaqyah ini. Dulu pun pernah Abang Nara keluarkan entri Tiz Zaqyah memakai baju paling glamour. Style baju tersebut pun jenis yang nampak sebelah bahu. Mungkin Tiz Zaqyah lebih yakin berada di khalayak ramai dengan fesyen sebegini. Secara ikhlas, Tiz kalau tak tunjuk bahu pun dah nampak awesome sangat. Tak gitu?

Kepada peminat-peminat Tiz, Remy dan Nur Kasih, nantikan kehadiran filem Nur Kasih yang bakal menjenguk pawagam anda 19hb ini. Dengar kata kena sediakan tisu 3, 4 kotak sebab banyak adegan menyayat hati. Dah la Abang Nara nie jenis dalam hati ada taman. Hehehe.

Lagi gambar terbaru Tiz Zaqyah dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada fashion blogger, CuteCarry.