Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Mulut Tiz Zaqyah Tak Bau Arak Dan Suci Dari Rokok

Monday, February 22nd, 2010

tiz zaqyah

Kesian si gadis mulus Tiz Zaqyah nie. Bila nak popular je banyaklah gosip-gosip liar yang cuba nak menjatuhkan dia. Mungkin salah Tiz jugak kot yang berkawan dengan seorang pelakon wanita yang banyak sangat kisah tak elok (rasanya anda tau siapa).

Minggu lepas jer banyak khabar angin yang keluar pasal Tiz Zaqyah menghisap rokok masa shooting kat Kota Damansara. Lepas tue hari nie baca Bipop, raja wartawan hiburan si Zubir bagitau yang ada orang bagitau dia mulut Tiz berbau arak masa shooting. Macam-macam gosip dan khabar angin tak elok yang keluar.

Nasib baik si Tiz Zaqyah nie jenis senang dihubungi untuk bagi keterangan pasal kontroversi-kontroversi murahan nie. Dengan selambanya Tiz mintak mereka-mereka yang menuduh dia merokok nie bawak bukti. Bawaklah gambar dia tengah hisap rokok ke, nyalakan rokok guna lighter ke. Kalau tak ada bukti jangan cerita lebat. Setakat reka cerita, semua orang pun boleh reka.

Yang pasal arak nie sememangnya disebabkan kebaikan Tiz menemani si pelakon wanita kontroversi tue pergi kelab malam. On the first place(speaking omputeh cam FT sikit), kenapa nak pergi kelab malam kan? Persepsi orang kita kalau pergi kelab nie compem minum punya. Lagi-lagi kalau anda tue selebriti. Kesimpulannya sudah-sudahlah tue pergi kelab. Baik duduk tidur kat rumah lagi bagus kan?

Buat Tiz Zaqyah, anda tue ada masa depan yang cerah. Pandai-pandai lah memilih kawan. Pandai-pandailah jadi popular kerana bakat, bukan kerana kontroversi. Kami percaya yang anda satu hari nanti mampu menjadi bintang filem yang hebat. Tingkatkan produktiviti, kurangkan kontroversi. Go Tiz go.

Tiz Zaqyah – Remy Cuma Kawan Biasa

Tuesday, February 2nd, 2010

tiz zaqyah

Yeeehaaaaaaaa ~~ Menjerit kegembiraan kami apabila Tiz Zaqyah kata yang dia dan Remy Ishak cuma kawan biasa je. Bukan kami nak mengorat dia, cuma tumpang happy kepada anda-anda di luar sana yang menaruh hati kepada Tiz. Kiranya Tiz masih single, boleh dingorat dan mungkin menunggu untuk dingorat oleh anda. Kami cadangkan anda try ngorat dia. Mana tau rezeki anda.

Cuba dengar sikit apa Tiz cakap mengenai kata-kata Remy Ishak yang mengaku dia rapat dengan Tiz Zaqyah.

Oh… really? We’re just friends. Nothing more. Fokus saya sekarang hanyalah pada kerjaya. Soal cinta tu bukan keutamaan saya buat masa ini.

Tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai try ngorat si Tiz nie. Eh sebelum terlupa kami rasa Tiz bakal menang ABPBH 2009 untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular. Memang meletop nama dia time 2009 hari tue sebab drama Nur Kasih kan?

Remy Ishak – Saya Makin Rapat Dengan Tiz Zaqyah

Thursday, January 21st, 2010

remy ishak tiz zaqyah

Banyak la pulak cerita pasal Tiz Zaqyah hari nie. Takper-takper. Orang tengah popular la katakan. Kali nie lebih hangat sikit cerita dia. Remy Ishak sejak dah tak ada apa-apa dengan Ummi Nazeera kini mengaku makin rapat dengan Tiz Zaqyah. Mungkin persahabatan di lokasi drama Nur Kasih kini terbawa-terbawa ke alam nyata. Kalau ayat senangnya, cinta lokasi lah kiranya nie.

Dengar sikit apa lelaki kacak bergaya lagi tampan nie cakap:-

Terus-terang, saya tidak lagi berhubung dengan Ummi. Saya tidak ambil tahu lagi tentang mahupun keluarganya. Buat masa sekarang ni,saya tiada hubungan rapat dengan mana-mana wanita lain. Tapi saya semakin rapat dengan Tiz Zaqyah dan selalu lepak dengan dia dan kawan-kawan lain.

Kata orang tua-tua, mula-mula kawan dulu. Lama-lama hati makin suka. Lagi lama lepas tue terus bercinta. Memang bakal bergegar dunia hiburan Malaysia kalau betul Remy Ishak dan Tiz Zaqyah bercinta. Almaklumlah kedua-dua nie pun memang artis yang paling menonjol sekarang nie. Tak salah kalau kami cakap diorang dua nie future hero dan heroin industri lakonan Malaysia.

Suatu hari nanti jika benar anda berdua bercinta, bagitaulah kami kat BeautifulNara nie. Terasa nak buat ekslusif interview tentang kisah cinta anda berdua. Kredit cerita kepada Murai.

P.S: Apa cerita report polis yang Remy buat masa kes dia kena belasah gak Istana Budaya hari tue? Senyap jer. Takkan tak dapat carik lagi kot sapa yang jadi tukang belasahnya?

(GAMBAR)Tiz Zaqyah Yang Makin Cun Melecun

Thursday, January 21st, 2010

Makin cun plak kami tengok si Tiz Zaqyah nie. Takkan dia pun makan tempe jugak kot? Kami rasa si Tiz nie memang kecantikan semula jadi. Itu yang buat ramai terpikat masa dia berlakon drama Nur Kasih tue. Memang wajah Tiz mampu mencairkan hati mana-mana jejaka yang melihatnya. (termasuk kitorang la)

Tahniah buat Tiz Zaqyah kerana berjaya tersenarai dalam Top 5 ABPBH 2009 untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular. Tanpa ragu kami boleh cakap ini semua penangan lakonan dia dalam drama Nur Kasih. Memang tak sia-sia dia terima tawaran dari Khabir Bhatia. Nampaknya ABPBH2009 kali nie banyak artis-artis muda yang dicalonkan. Satu perkembangan yang sihat.

Lagi gambar Tiz Zaqyah semasa majlis penyenaraian Top 5 ABPBH 2009 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Budiey.

(more…)

10 Gosip Paling Popular 2009 Di BeautifulNara

Tuesday, December 22nd, 2009

Tahun 2009 hanya tinggal beberapa hari saje lagi. Untuk dunia artis Malaysia, tahun 2009 memang banyak gosip-gosip panas, kes-kes panas, perkahwinan hangat, penceraian terkejut dan macam macam lagi la. Tapi apakah 10 gosip@artikel yang paling popular untuk tahun 2009 di BeautifulNara?

Untuk mengakhiri tahun 2009, kami kumpulkan kepada anda 10 gosip, cerita artis ataupun artikel paling panas dan paling popular untuk tatapan anda. Buat anda yang baru nak berjinak mengenali artis Malaysia, mungkin 10 artikel ini mampu memberi gambaran sebenar tentang dunia artis tanah air kita.

Jom layan 10 gosip@cerita artis paling popular 2009 BeautifulNara. Ranking ini ditentukan oleh jumlah keseluruhan pembaca yang view setiap artikel.

  1. Koleksi Gambar Terlampau Azizah Mahzan
  2. Gambar Manohara Odelia Pinot Berparti Sakan
  3. 10 Gambar Artis Paling Seksi Tahun 2009
  4. Gambar Aksi Terlampau Intan Sarafina Dan Rakan-Rakan
  5. Gambar Aliff Aziz Bercium Penuh Penghayatan
  6. Gambar Artis Malaysia Melalak Di Karaoke
  7. Gambar Fasha Sandha Dan Rizal Di Litar Kereta
  8. Gambar Tiz Zaqyah Pulak Bersosial
  9. Gambar Panas Sharifah Jasmine Soraya
  10. Gambar Munna Hafiraniza Dan Aksi Cium Bersama Pakwenya

Korang nie memang suka betul ngan Nek Jah tue. Semua benda dia nombor satu. Takder can dah artis lain nak menang. Memang ramai betul peminat dia kat sini ek?

Nanti kami akan keluarkan carta 10 artis wanita paling hangat untuk tahun 2009. Tunggu ~~~~~~~~~~