Written by AbangNara | January 9th, 2013

Akhirnya boss besar TV3 iaitu Ahmad Izham Omar telah pun bersuara mengenai kontroversi yang melanda Uji Rashid. Untuk anda yang tidak tahu, sepatutnya ketika malam AJL27, Uji Rashid yang menggantikan Yuna untuk menyanyikan lagu Terukir Di Bintang, bukannya Aizat.

uji rashid

Secara umum, banyak pihak menyalahkan pihak penganjur AJL27 yang menggugurkan Uji Rashid di saat-saat akhir. Namun menurut Ahmad Izham Omar, keputusan tersebut telah dilakukan oleh pengurusan Yuna, bukannya TV3. Katanya kepada portal Murai:-

Semua persembahan di pentas AJL adalah idea dan konsep yang diketengahkan oleh penyanyi dan pencipta lagu sendiri. Memang pihak produksi AJL27 daripada awal mengetahui Yuna memilih Uji Rashid sebagai penggantinya dan produksi tiada masalah dengan pemilihan Yuna tersebut. Tetapi ketika sesi latihan dibuat bersama pemuzik beberapa hari sebelum berlangsungnya AJL 27, mereka yang berada bersama di situ merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan persembahan lagu Terukir Di Bintang. Sebab utama saya kurang jelas kerana perkara ini datangnya daripada pemuzik dan mereka lebih arif dengan apa yang mereka tahu. Setelah itu, produksi memanggil pihak pengurusan Yuna dan menjelaskan apa yang berlaku ketika sesi latihan. Demi kebaikan semua pihak, produksi mengusulkan pengurusan Yuna mendapatkan penyanyi gantian dan mereka telah memilih Aizat dan bukannya penganjur yang memilih Aizat dan menggugurkan Uji Rashid. Tidak wujud isu di mana ada pihak mengatakan penganjur yang telah membuat segala keputusan mengenai pertukaran penyanyi gantian Yuna. Semua keputusan dibuat setelah pihak produksi dan pengurusan Yuna berbincang terlebih dahulu

uji rashid

Persoalan yang timbul ialah bagaimana Uji Rashid boleh tidak tahu mengenai keputusan menggantikan dirinya lebih awal? Adakah terdapat miscommunication atau pihak-pihak tertentu dengan sengaja enggan memaklumkan keputusan tersebut? Apa pun perkara ini sudah berlalu dan tidak boleh diperbaiki lagi. Cuma harapnya di masa depan perkara yang sama tidak berulang lagi .

P.S: Video apa yang dilihat oleh ahli bomba

Written by AbangNara | January 7th, 2013

Rasaya semua orang tahu tentang kontroversi yang melanda pemilihan penyanyi untuk lagu Terukir Di Bintang ketika AJL27. Pada mulanya, Uji Rashid telah dipilih oleh Yuna sendiri untuk menyanyikan lagu tersebut. Namun di saat akhir, Uji Rashid terpaksa digantikan oleh Aizat.

uji rashid

Apa yang menyedihkan ialah Uji Rashid tidak diberitahu lebih awal tentang penggantian tersebut. Difahamkan Uji Rashid terus menjalani latihan tanpa mengetahui yang khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi. Aizat turut meluahkan rasa kecewanya terhadap layanan yang diberikan kepada Uji Rashid:-

Saya tak tahu dimana silapnya tetapi secara umumnya, pihak yang bertanggungjawab patut melayan penyanyi veteran kita dengan baik. Rasa sedikit kecewa apabila melihat keadaan ini berlaku, janganlah memberi harapan yang tinggi terutamanya kepada golongan veteran sepertinya.

aizat

Abang Nara sokong kata-kata Aizat. Hati orang tua perlu dijaga rapi. Mereka mudah tersentuh. Pasti kecewa apabila apa yang dijanjikan tidak ditepati. Semoga kontroversi ini dijadikan pengajaran buat semua dan tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

P.S: Ikan yu sepanjang 12 meter ditangkap.

Written by AbangNara | January 7th, 2013

Walaupun gagal memenangi persembahan terbaik, bagi Abang Nara konsep persembahan yang dibawakan oleh Aizat ketika menyanyikan lagu Terukir Di Bintang adalah sangat awesome. Terserlah ke”cool”aan dan keklasikkan lagu tersebut.

aizat ajl27

Bukan itu sahaja, kehenseman Aizat meningkat berkali-kali ganda dengan kumis nipis di wajahnya. Sekali tengok macam Allahyarham P. Ramlee di kala muda dahulu. Ramai gadis, makcik dan isteri orang yang terpaut dengan kekacakan wajah Aizat ketika mendendangkan lagu Terukir Di Bintang.
aizat ajl27Kalau Aizat ingin menjual cawan kopi yang dipegang sepanjang persembahan itu, diharap dapat menghubungi diri ini kerana Abang Nara teringin ingin membelinya. Apa pun tahniah kepada Aizat atas kejayaan ini. Satu pembukaan yang baik untuk tahun 2013 buat Aizat. Semoga akan lebih banyak kejayaan dikecapi tahun ini.
aizat ajl27

Lagi 6 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Instagram Aizat Amdan.
blisscandidP.S: Merancang untuk menamatkan zaman bujang tahun ini? Pastikan anda menggunakan khidmat BlissCandid sebagai jurukamera di hari bersejarah anda. Anda pasti berpuas hati. Dapatkan lebih info dengan LIKE Facebook BlissCandid.

 
Written by AbangNara | January 6th, 2012

Lama sungguh rasanya untuk menanti kemuncula album terbaru daripada si gadis bersuara unik, Yunalis Zarai ini. Dan akhirnya pada 4hb Januari 2012, Yuna bukan sahaja melancarkan album baru yang diberi nama “Terukir di Bintang” tetapi turut memperkenalkan artis baru di bawah syarikat rakamannya (Yuna Rooms Records) iaitu Diandra Arjunaidi.

yuna dan diandra arjunaidi

Mengikut kata rakan Abang Nara yang hadir bagi pihak BeautifulNara, album terbaru Yuna ini mampu meremangkan bukan sahaja bulu roma anda, namun bulu hidung (jika anda ada) pun boleh teremang sekali. Suara Yuna makin bertambah matang, lirik makin berpuitis dan paling penting, pantulan gemersik suara Yuna boleh membuatkan anda terasa seperti dibuai di dalam zon Yuna.

yuna dan diandra arjunaidi

Manakala Diandra Arjunaidi pula yang agak popular dengan lagu bertajuk Angkasa dilihat mempunyai ciri-ciri persamaan dengan Yuna. Pandai bermain gitar, suara mirip Yuna dan paling penting, mempunyai kelainan daripada artis-artis yang sedia ada sekarang. Abang Nara dapat rasakan Diandra dapat pergi jauh di bawah bimbingan Yuna kelak.

yuna dan diandra arjunaidi

Layankan beberapa keping lagi gambar sekitar pelancaran album baru Yuna dengan membaca entri ini sepenuhnya. Gambar diambil oleh si abang kacak, Eman Ismail (masih single lagi).