Written by AbangNara | February 25th, 2013

Masih ingatkah anda dengan pengakuan cinta Zul Ariffin terhadap Gayatri Su-Lin Pillai? Pasti ramai yang beranggapan Zul hanya bertepuk sebelah tangan memandangkan tiada maklum balas daripada Gayatri selepas pengakuan tersebut dilakukan.

gayatri

Namun hari ini, menerusi Kosmo, Gayatri mengakui yang dia dan Zul Ariffin kini sedang hangat bercinta. Menurut Gayatri, sikap Zul yang baik, kelakar, seorang yang matang dan amat menghormati keluarga membuatkan dirinya jatuh cinta. Yang menariknya, percintaan mereka telah bermula 4 bulan lalu. Kata Gayatri:-

Zul adalah kekasih saya dan kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Sebenarnya kami telah bersama sejak empat bulan yang lalu. Saya mula kenal dia ketika dia berlakon dalam filem Penanggal dan kami mula rapat selepas penggambaran filem Bikers Kental. Soal usia saya tidak fikir sangat. Jika sesuai dengan seseorang dan serasi, usia bukan satu masalah yang besar. Lagipun sekarang sudah ramai lelaki berkahwin dengan wanita lebih berusia, bukannya sesuatu yang pelik.
gayatri

Nampak gayanya Zul dah kena mula merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama Gayatri. Cinta sudah pun berbalas. Nak tunggu lama-lama buat apa kan? Apa pun kepada Zul dan Gayatri, semoga cinta anda berakhir di jinjang pelamin suatu hari nanti.
gayatriP.S: Pergh ~~ Nampak birulah Rita Rudaini dan Fauziah Latiff menghiasi muka depan majalah Nona. Kalau korang taknak beli di kedai buku, boleh beli secara online di Emall Karangkraf. Harga lebih murah berbanding di kedai. Dan paling best boleh baca bila-bila masa dan di mana-mana menerusi smartphone iPhone dan Android anda.

Written by AbangNara | August 1st, 2012

Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam. Dan sudah tentu selaku bekas kekasih, Zul Ariffin lebih mengenali sisi sebenar Abby Abadi. Kalau selama ini kita dikejutkan dengan kelantangan suara Abby Abadi selepas memasuki politik, namun bagi Zul, Abby yang dikenalinya memang sebegitu.

zul abby

Kata Zul kepada portal Murai:-

Selama mengenali Abby, saya tahu dia memang seorang yang sangat berani menyuarakan pendapat mengenai apa yang jua perkara yang diperbincangkan, malah saya tahu dia juga seorang yang lantang apabila memberikan pandangan. Namun, jika dia rasa betul dengan apa yang dilakukan itu, baguslah. Pada pendapat saya, seseorang itu boleh lantang menyuarakan pendapatnya tetapi mereka juga perlulah bijak dan berpengetahuan sebelum meluahkan kata-kata.

zul abby

Walaupun begitu, Zul Ariffin nyata kurang bersetuju dengan pendapat Abby tentang selebriti bertudung yang sukar mendapat kerja di dalam industri hiburan:-

Saya kurang bersetuju dengan pandangan Abby itu, Pada pandangan saya, showbiz dengan politik adalah bidang yang berbeza dan dia tidak boleh campuradukkan kedua-duanya. Ini kerana saya lihat ramai artis bertudung sekarang ini masih mendapat tempat di dalam industri. Malah, mereka turut ditawarkan watak yang bersesuaian dengan personaliti mereka. Jika dilihat dalam konteks yang lebih besar, rasanya kerajaan sekarang ini tidak pernah mengabaikan golongan bertudung. Mereka mendapat peluang pekerjaan yang sama seperti orang lain.

Rasanya selepas ini pastinya kita akan lebih banyak mendengar suara Abby lantang menyatakan pendapatnya. Jadi tak perlulah buat-buat terkejut. Mana yang rasa betul, kita terima. Mana yang rasa tak betul, kita rujuk dengan yang lebih pakar. Tak ke gitu?

citibank

P.S: Setelah membaca pendapat anda semua di entri sebelum ini, Abang Nara telah pun mengambil keputusan untuk mendapatkan extra cash hanya RM5,000 dengan Citibank Ready Credit Paylite. Alhamdulillah permohonan dah pun diluluskan. Bolehlah buat belanja pergi UK dan berhari raya nanti. Pembayaran balik dalam masa 12 bulan so tak adalah rasa terbeban nak bayar. Kalau anda berminat, silalah apply Citibank Ready Credit di sini.