Written by AbangNara | March 14th, 2013

Amboi ~~~ Romantika di Tampoi sungguh Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini. Kalau tak tahu mesti orang ingat mereka ini suami isteri. Mesra dan sememangnya bagai pinang dibelah dua. Che Ta memang awet muda sehingga tak nampak jurang perbezaan usia mereka.

rozita dan zain

Ada juga kawan-kawan perempuan Abang Nara yang melahirkan rasa cemburu terhadap Rozita Che Wan kerana bakal bersuamikan Zain Saidin yang muda, kacak dan bergaya. Nak buat macam mana. Itulah jodoh namanya. Pasti mereka berdua sudah tidak sabar-sabar lagi untuk sah menjadi suami isteri hujung tahun ini.
rozita dan zainApa pun buat peminat Che Ta dan Zain, jangan lupa dapatkan majalah Media Hiburan yang terbaru untuk mengetahui perkembangan terkini mereka. 5 lagi gambar romantis Rozita Che Wan dan Zain Saidin dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar MediaHiburan.

P.S: Fakta tentang daging kuda dan daging lembu

 
Written by AbangNara | December 9th, 2012

Secara jujur, Abang Nara pun turut tertanya-tanya mengenai keaslian bentuk badan yang dimiliki oleh Rozita Che Wan. Namun tak adalah sampai terfikir yang Rozita buat pembedahan. Hari ini, menerusi Metro Ahad, Rozita Che Wan tampil menjelaskan dakwaan kononnya dia pernah menjalani pembedahan rekonstrutif payudara akibat barah sebelum menjadi artis.

rozita original

Yang penting, apa yang ada di badan Rozita Che Wan adalah 100% original. Tiada pembedahan. Tiada korset. Alasan yang digunakan oleh pihak yang mendakwa Rozita melakukan pembedahan ialah setiap kali bergambar, Rozita akan mengiring ke kiri bagi memastikan kedudukan tubuhnya stabil. Hmmmmm. Pelik sungguh alasan tersebut.

rccw baru

Kata Rozita Che Wan untuk menjelaskan perkara ini:-

Selalunya apabila bergambar, saya akan ikut keselesaan tubuh. Tambahan pula saya kidal. Rambut yang didandan selalunya mengiring sebelah kiri juga menjadi faktor mengapa saya hanya akan bergambar di sebelah kiri atau mengiring tubuh ke arah itu. Pada waktu sama, tak pernah memakai korset dua lapis. Apa yang peminat tengok, itulah keadaan tubuh saya.

rozita baru
Rozita Che Wan turut sempat menyelitkan nasihat buat mereka yang dengki akan kecantikan tubuh badannya:-

Pada saya, kita jangan busuk hati kalau nampak orang lain lebih. Sepatutnya kita menjadikan kelebihan dimiliki itu sebagai sumber inspirasi. Mengambil contoh, jika ada antara kita bertubuh gempal dan melihat orang lain bertubuh cantik, jangan pula kita menuduh dia melakukan pembedahan itu dan ini. Sebaliknya jadikan dia idola bahawa kita juga mampu cantik dan sihat sepertinya.

Abang Nara sokong kata-kata Rozita Che Wan. Kalau tiap-tiap hari bantai makan roti canai, maggi, nasik lemak 4 5 bungkus lepas tue dengki dengan orang yang bertubuh mulus, tak ada faedahnya kan. Pasti mereka yang bertubuh cantik itu banyak berkorban untuk mendapatkan badan idaman. Tak gitu?

Written by AbangNara | October 19th, 2012

Terkejut beruk Abang Nara melihat gambar webcam yang didakwa milik Rozita Che Wan ini. Namun apabila diteliti selama 10 saat, Abang Nara dapat mengagak ini adalah teknik superimpose. Mungkin ada pihak yang iri hati dengan kejayaan Rozita Che Wan sehingga sanggup buat begini.

gambar webcam rozita che wan

Rozita Che Wan yang ditemui portal Murai mengenai berita ini dengan sekeras-kerasnya menafikan gambar “webcam” tersebut adalah miliknya. Kata RCW:-

Saya tidak pernah bervideo chat. Saya pun tak tahu apakah itu video chat atau webcam. Jadi, terus-terang, saya tidak pernah berbuat perbuatan terkutuk seperti ini. Lagipun, saya bukan muda lagi nak buat perkara sedemikian. Mungkin pelanduk dua serupa. Sekarang ini pun, saya difahamkan ramai wanita dan pondan menyerupai wajah saya. Sekali lagi, saya ingin memberitahu itu bukan gambar saya. Apapun, gambar ini disebarkan berkemungkinan besar ada pihak yang cemburu dan cuba menjatuhkan kerjaya saya. Apapun, terima kasih kerana memberitahu saya tentang hal ini untuk mengesahkannya. Ingat! Itu bukanlah diri saya ya.

Kalau bukan superimpose, sudah pasti ada pelanduk dua serupa. Logik juga kata-kata Che Ta yang ada pondan menyerupai wajahnya. Pasti pondan-pondan tersebut geram dan teruja ingin menyerupai kecantikan RCW. Tak gitu?

P.S: Menjadi ayah ketika berusia 96 tahun. Legend pakcik nie.

Written by AbangNara | August 4th, 2012

Kalau dah namanya Rozita Che Wan, pasti akan mencuri tumpuan para jurugambar di mana-mana majlis yang dihadirinya. Terbaru semasa menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Astro, Rozita Che Wan tampil dengan imej berturban. Memang gorgeous sangat!!!

rozita che wan

Abang Nara tengok Rozita Che Wan nie kalau bertudung sepenuhnya memang lagi super duper cantik daripada biasa. Tak sabar nak menunggu hari tersebut tiba. Buat masa ini, layankan lagi 4 keping gambar Rozita Che Wan ketika di majlis berbuka puasa Astro dengan membaca entri ini sepenuhnya.