Written by AbangNara | January 20th, 2013

Pertama-tamanya biarlah Abang Nara memberi penjelasan tentang kononnya diri ini ialah penyokong setia Neelofa. Abang Nara memang minat Neelofa tetapi tak adalah menyokong membabi buta. Abang Nara bukanlah kipas susah mati Neelofa.

neelofa

Banyak cerita Neelofa yang dikeluarkan di sini kerana memang banyak kontroversi yang menyelubungi dirinya. Bukan sebab Abang Nara sengaja nak tulis. Jadi diharap anda semua memahami dan tidak menyalahkan diri ini. Terbaru, Neelofa memberi penjelasan panjang lebar menerusi portal Murai tentang gosip hubungannya dengan seorang jutawan automotif:-

Kadangkala pihak-pihak berkenaan harus lebih bijak dalam membuat sebarang cerita dan melihat semula akibat yang akan terjadi dek dakwaan sebegini. Apa yang dihebahkan itu bukan sahaja akan menjejaskan karier saya. Ia melibatkan ramai pihak apatah lagi usahawan itu merupakan suami kepada selebriti yang juga dikenali ramai. Mana datang cerita sebegini saya pun tidak tahu. Saya minta kalau anda mahu memburukkan sesiapa pun, tolonglah hormat pada hal-hal sensitif seperti rumahtangga. Ini bukan benda yang biasa atau boleh diambil mudah tetapi ia melibatkan perasaan orang lain. Saya tidak mahu komen lebih lanjut kerana saya tidak mahu ianya diputarbelitkan di masa depan. Saya juga terkejut tersebarnya berita seperti ini pada tahun 2013 yang baru sahaja memasuki bulan Januari

neelofa

Kalau anda mengikuti perkembangan dunia hiburan, sudah tentu anda dapat meneka siapakah jutawan automotif tersebut.  Abang Nara pun tak mampu berfikir secara logik bagaimana gosip sebegini boleh timbul. Memang agak tidak masuk akal. Apa pun semoga Neelofa tabah menghadapi kontroversi ini.

P.S: Panda 5 minggu pandai melambai tangan.

Written by AbangNara | January 10th, 2013

Baru semalam Top 5 ABPBH2012 diumumkan, kontroversi telah pun bermula. Ini semua gara-gara nama Neelofa tercalon untuk 3 kategori. Untuk anda yang tidak tahu, Neelofa kali ini termasuk di dalam 5 finalis untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular, Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular.

neelofa abpbh2012

Antara komentar yang ditulis oleh pembaca BeautifulNara di entri Senarai Top 5 Kategori Utama ABPBH 2012 mempersoalkan filem yang dilakonkan oleh Neelofa. Sepanjang tahun 2012, Neelofa hanya memegang watak utam untuk filem Azura dan yang lain hanyalah watak sampingan. Filem Azura pula mendapat kutipan yang agak teruk.

neelofa
Malah ada yang tidak berpuas hati kerana drama-drama lakonan Neelofa tidak begitu banyak. Kalau ada pun, hanya sebagai watak sampingan dan bukannya utama. Begitu juga dengan pengacaraan di mana mutu pengacaraan Neelofa di dalam Nona dan Meletop dipertikaikan oleh peminat.

lofa

Ada pembaca yang membuat spekulasi Neelofa mengundi diri sendiri. Namun Abang Nara tak rasa begitu. Kita harus faham bahawa ABPBH ialah mengenai populariti dan bukannya jumlah filem/drama/rancangan TV yang seseorang artis itu keluar. Jadi bagi Abang Nara, tahun 2012 memang populariti Neelofa melonjak tinggi kerana kontroversi yang tercipta. Apa pula kata anda?

Written by AbangNara | December 29th, 2012

Boleh dikatakan tahun 2012 adalah tahun penuh kontroversi buat si cantik manis Neelofa. Kontroversinya bersama Anzalna, gosip percintaannya dengan Hans Isaac dan macam-macam lagi cerita tentang dirinya telah timbul sepanjang tahun ini.

lofa

Namun Neelofa menganggap semua kontroversi itu tidak begitu memberi kesan daripada segi kariernya. Bagi Neelofa, peminat mempunyai hak untuk membenci, menyukai atau memuja dirinya. Kata Neelofa kepada Kosmo:-

Kini apabila ada terbaca tentang diri sendiri dalam akhbar dan sebagainya, memang geram pada mulanya. Namun setelah itu saya fikir jika mereka suka saya, memuja saya ataupun membenci saya, ia adalah hak mereka. Ini kerana jika Allah sudah tetapkan rezeki saya, ia tetap ada dan sama sahaja. Melainkan saya sendiri yang buat perangai, itu memang seperti mencari nahas sendiri. Namun, mungkin dari segi karier tidak begitu memberi kesan. Bagaimanapun dari segi persepsi orang terhadap saya, memang mereka akan punya tanggapan serong terhadap diri

lofa

Yang menariknya, kontroversi yang melanda Neelofa membuatkan dirinya mahu bekerja lebih keras untuk keluar daripada kepompong isu tersebut. Kiranya kontroversi menjadi pembakar semangat buat Neelofa untuk lebih menonjolkan bakatnya. Namun Neelofa menerangkan kebanyakan kontroversi yang melanda dirinya adalah berpunca daripada orang ketiga.

Memang tidak dinafikan sejak awal terlibat dalam industri seni hiburan tanah air, kontroversi tentang saya kelihatan seperti tidak putus-putus. Ada sahaja cerita yang akan keluar tentang diri saya dan kebanyakannya cerita daripada pihak ketiga. Bagaimanapun, kontroversi yang selalu melanda diri saya ini bukannya daripada diri sendiri, namun ia tentang ramai orang yang bercerita tentang itu dan ini. Saya perlu katakan, perkara ini bukan diminta tetapi ia hadir secara tidak disangka.

lofa

Abang Nara suka dengan semangat yang ditunjukkan oleh Neelofa. Apa pun semoga tahun 2013 yang akan menjelma tidak lama lagi akan lebih menonjolkan bakat Neelofa berbanding kontroversi. Sudah tiba masanya untuk kontroversi dikurang dan prestasi ditingkatkan. All the best dan good luck untuk Neelofa.

Written by AbangNara | December 11th, 2012

Entah di mana silapnya, tahun 2012 adalah tahun penuh kontroversi buat Neelofa. Lepas satu dan satu lagi cerita kurang baik telah timbul mengenai dirinya. Terbaru, pereka fesyen, Nurita Harith meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Neelofa menerusi akaun Twitternya.

nuritha harith

Nurita Harith menerusi status Twitternya berharap ini adalah kali terakhir dirinya bekerjasama dengan Neelofa kerana sikap tidak professional dan tidak menghormati orang lain. Di bawah ialah status yang telah ditulis oleh Nurita:-

Hope yesterday was the last job of me with this Neelofa girl. Very disrespectful and unprofessional

neelofa
Neelofa bagaimanapun enggan memberi sebarang komen apabila dihubungi oleh portal Murai. Mungkin tidak mahu membesarkan lagi perkara ini. Satu langkah yang bijak bagi Abang Nara. Kata Neelofa:-

Maaf. Lofa tak nak komen apa-apa. Sebenarnya ramai wartawan yang telefon dan bertanyakan tentang perkara ini, tetapi Lofa memang tak bagi komen kepada siapa-siapa pun. Minta maaf ya

Diharap tahun 2013 yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi akan membuka lembaran baru dalam karier seni Neelofa. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Semoga Neelofa terus maju. Yang penting, kalau nak kahwin jangan lupa jemput Abang Nara. Hehehe ~~