Written by AbangNara | June 5th, 2015

Irma Hasmie merupakan salah seorang artis wanita terawal yang telah berhijrah dan bertudung. Penghijrahan Irma mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi selepas berkahwin dengan Redza Syah Azmeer yang sama cantik sama padan dengannya. Selepas bertudung, Irma juga dilihat banyak mengurangkan aktiviti berlakon. Tak salah jika Abang Nara katakan Irma antara ‘role model’ di kalangan selebriti terutama di kalangan mereka yang berhijrah.
irma hasmie

Susulan ramai selebriti wanita yang berhijab dan membuat keputusan bertudung sepenuhnya baru-baru ini, Irma Hasmie meminta para peminat untuk memberikan artis-artis ini ruang. Kata Irma:-

Syukur Alhamdulillah ramai artis yang telah menerima hidayah daripada Allah kerana peluang itu bukan senang diberikan. Apa yang penting, bagi terus kekal dengan imej baru tersebut kita perlu lihat pada niat. Jadikan niat penghijrahan itu untuk Allah dan bukannya untuk orang lain.

Apabila mereka berubah, kita perlu bersyukur dengan melihat perubahan yang mereka lakukan. Seharusnya kita memberi dorongan dan sokongan pada mereka biarpun ada melakukan sedikit kesalahan kerana perubahan itu tidak semestinya boleh dilakukan secara mendadak

irma hasmie

Sedikit sebanyak Irma sudah tentu bercakap dari segi pengalamannya. Kita selaku peminat haruslah memberi sokongan dan kata-kata positif buat selebriti yang berhijrah. Bak kata Erra Fazira, janganlah hentam sahaja. Awal-awal ini pasti ramai yang masih tercari-cari jenis tudung yang sesuai dan kadangkala tampil dengan fesyen yang agak pelik. Kita cuma perlu bersabar dan tegur apa yang sepatutnya tanpa melukakan hati mereka. Tak gitu? Sumber Mstar Online.
irma hasmieP.S: Inspired clothing terkini di www.iziefashion.com :) all items ready stock. FREE POSTAGE bagi order RM100 dan ke atas. lebih banyak design yang berkualiti dengan harga yang berpatutan website IzieFashionFacebook Iziefashion & Instagram IzieFashion ^_^

Written by AbangNara | September 8th, 2014

Amboi. Comelnya anak kedua Irma Hasmie yang bernama Irma Nur Naylie ini. Suka Abang Nara melihat kebahagiaan yang jelas terpancar di wajah Irma sekeluarga ketika berlangsungnya majlis kesyukuran dan cukur jambul puteri kesayangan mereka ini. Kemeriahan dan keseronokan dapat dirasai walaupun Abang Nara tidak berada di sana. Semoga kebahagiaan keluarga ini akan berkekalan sehingga ke syurga. Sama-samalah kita doakan.

gambar cukur jambul anak kedua irma hasmie

Irma Nur Naylie telah pun dilahirkan pada 18 Julai 2014 yang lalu. Kiranya sekarang ini sudah hampir berusia 2 bulan puteri comel Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer. Anak sulung mereka, Redza Syah Irfhan pun dah besar panjang dah. Makin hensem macam ayahnya. Pandai pula tue cium adiknya sebagai tanda kasih sayang. Syukur Alhamdulillah dah sepasang dah anak pasangan ini. Insya Allah ada rezeki boleh tambah lagi kan?

gambar cukur jambul anak kedua irma hasmie

Lagi beberapa gambar sekitar majlis kesyukuran dan cukur jambul Irma Nur Naylie dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Terima kasih kepada Camora Arts yang sudi berkongsi gambar-gambar istimewa ini dengan para pembaca BeautifulNara. Jenguklah mereka di Facebook Camora Arts untuk mengabadikan detik-detik manis anak anda selepas dilahirkan. Pasti puas hati.

 
Written by AbangNara | July 25th, 2014

Cantiknya nama anak kedua Irma Hasmie ini. Irma Nur Naylie. Menurut penerangan Redza Syah Azmeer, suami Irma Hasmie di akaun Instagramnya, nama anak perempuannya ini diambil bersempena dengan nama ibunya. Nur bermaksud cahaya sementara Naylie bermaksud pencapaianku. Kalau digabungkan membawa maksud ‘cahaya pencapaianku’lah.

anak irma hasmie

Semoga Nur Naylie membesar menjadi anak yang solehah. Menjadi penerang dan penyeri rumah tangga Irma Hasmie dan Redza Syah. Insya Allah besar nanti pasti akan secomel ibunya. Tak sabar nak tengok nanti. Apa pun sekali lagi Abang Nara ucapkan tahniah kepada Irma dan suami atas kehadiran cahaya mata perempuan ini.

anak irma hasmie

Lagi beberapa gambar si comel Irma Nur Naylie dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | March 17th, 2013

Cepat sungguh masa berlalu. Sedar-sedar sudah masuk bulan ke 9 kehamilan pelakon kesayangan ramai, Irma Hasmie. Pasti Irma sudah tidak sabar-sabar lagi untuk bergelar ibu. Menurut Irma, dia dijadualkan untuk melahirkan anak sulungnya pada 29 Mac ini.

gambar anak irma hasmieKalau anak lelaki, pasti sekacak ayahnya. Kalau anak perempuan, pasti secomel ibunya. Pastinya suami Irma, Redza Syah pun sedang teruja menanti kelahiran anak sulung mereka. Semoga segalanya dipermudahkan buat pasangan yang sangat-sangat sweet ini.

gambar anak irma hasmie

6 lagi gambar terbaru Irma Hasmie dan suami dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Redza Syah.

P.S: Tendangan power untuk si pencabul