Written by AbangNara | July 10th, 2012

Rugi rasanya jika tidak berkongsi gambar bidikan Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography di hari pernikahan Ratu Rock Malaysia, Ella ini. Cantik-cantik gambar yang diambilnya. Ada detik-detik menarik yang berjaya dicapture oleh mereka. Abang Nara tengok pun ada rasa terharu sikit-sikit.

ella kahwin

Ramai yang memberikan komen rambut Ella agak tidak sesuai di hari pernikahannya. Daripada apa yang Abang Nara ketahui, ketika Ella sedang mendandan rambutnya, blackout telah terjadi. Blackout selama 2 jam ini menyebabkan Ella tidak sempat habis menyiapkan rambutnya. Diharap ramai berpuas hati dengan penjelasan ini.

ella kahwin

Lagi 21 keping gambar majlis pernikahan Ella dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography.

 
Written by AbangNara | July 7th, 2012

Sebentar tadi, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46 tahun telah pun sah bergelar isteri kepada Azhar Ghazali dengan hanya sekali lafaz. Ella telah menerima wang hantaran sebanyak RM50,300 beserta tujuh dulang hantaran. Sebelum pernikahan, mereka berdua telah ditunangkan terlebih dahulu.

gambar pernikahan ella
Majlis pernikahan telah pun berlangsung di rumah keluarga Ella di Teluk Gadong, Klang. Seramai 300 tetamu telah pun dijemput ke majlis serba sederhana ini. Ella dan Azhar nampak sama cantik sama padan dengan pakaian rekaan Saiful Baharim. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ella yang kini sudah pun bergelar isteri orang.

Written by AbangNara | June 28th, 2012

Abang Nara kagum dengan kehebatan Ella merahsiakan hari pernikahannya yang tinggal tidak kurang daripada seminggu sahaja lagi. Sebentar tadi, portal Murai telah mengumumkan yang Ella bakal bernikah pada 7 Julai dengan seorang juruterbang yang berasal daripada Muar, Johor.

gambar nikah ella

Ella sebelum ini dilihat menghadiri kursus kahwin pada 3 dan 4 Mac yang lalu. Menurut ahli keluarga terdekat Ella, majlis pernikahan akan dilakukan di rumah kediaman keluarganya di Klang, Selangor. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ella atas berita gembira ini. Semoga majlis pernikahan akan berjalan dengan lancarnya.

P.S: Kucing buta yang comel.