Written by AbangNara | September 30th, 2010

gambar artis anggun 2010

Inilah gambar-gambar 20 yang anggun 2010 anjuran Majalah Eh! Disebabkan Lisa Surihani tak ada, maka bagi kami Diana Danielle la yang paling anggun. Hehehe.

Oh ye dalam 20 yang anggun 2010 ini ada gambar Ekin. Kami pernah terjumpa Ekin baru-baru ini, dia sememangnya anggun. Cantik gila. Memang wajarlah Mawi  jatuh cinta dengan Ekin.

Lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Murai.

 
Written by AbangNara | September 15th, 2010

gambar artis malaysia

Semalam kami terbaca ruangan Soseh-Soseh di Harian Metro. Walaupun tak secara terang-terangan, tapi penulis ruangan tersebut nampaknya macam agak tak puas hati dengan seorang artis yang tak mahu bergambar beramai-ramai sebab tak dapat keizinan suaminya masa tue.

Petikan artikel tue lebih kurang macam nie:-

[note]Sebelum majlis berakhir penganjur menjemput dia dan beberapa artis lain ke pentas bergambar kenangan dan kebetulan ketika itu suami artis tiada di tempatnya. Agaknya suami artis itu hendak ‘buang lenguh’ selepas lama duduk di kerusi. Puaslah penganjur mengajak artis itu naik ke pentas bergambar sama namun dengan nada tegas dia menolak ajakan itu. Rakan SS berasa pelik pula, apa masalahnya artis ini. Bukannya suruh buat apa pun, minta bergambar aje. Rakan SS yang memandang insiden itu dari jauh nampak artis itu sampai sudah tidak ke pentas. Wajah penganjur pula kelihatan sudah pudar semacam. Selepas bertanya sana sini, sebabnya artis itu tidak naik ke pentas kerana dia kena minta kebenaran suaminya dulu dan ketika itu suaminya belum masuk dewan lagi. [/note]

Kami nie tak la berapa pandai sangat tapi rasanya apa yang artis ini buat memang lah betul. Apa-apa pun kalau dah bergelar isteri, mesti la kena mintak kebenaran suami dulu. Kalau suami kata tak boleh, maka tak boleh la jawapnya. Kami sokong artis ini. Memang ada ciri-ciri isteri mithali.

Kalau si artis terbaca entri yang kami tulis ini, sila buat derk kepada penulis ruangan Soseh-Soseh tue. Anda berada di pihak yang benar. Tanpa suami, siapalah anda. Pedulikan mereka-mereka yang tak bersuami lagi. Diorang tak berapa faham kot kepentingan memintak izin suami untuk membuat sesuatu perkara.

Tahniah kami ucapkan kepada si artis sebab berpegang teguh untuk tidak mengambil gambar ketika itu walaupun dipujuk rayu. Good job ~~~

Written by AbangNara | August 3rd, 2010

awal dan scha

Disclaimer: Gambar Awal dan Scha di atas hanyalah sekadar hiasan

Sebenarnya kami agak kepelikan dengan sikap dan mentaliti artis-artis Malaysia nie. Contoh terbaik mungkin ialah Fasha Sandha yang baru-baru ini mengakui yang dia dan Jejai sebenarnya memang sedang bercinta. Tapi seperti yang semua sedia maklum, rasanya dah berkurun jugak kita tahu diorang berdua nie couple.

Kenapa agak-agaknya artis-artis Malaysia nie malu nak mengaku diorang bercinta? Contoh macam Awal dan Scha. Kalau tengok gambar-gambar kat Facebook dan ayat-ayat Twitter diorang berdua, nampak jelas yang keduanya dilamun cinta. Tapi bila keluar suratkhabar kedua-dua cuma cakap yang mereka adalah kawan biasa.

Kami respek sangat dan tabik spring kepada Fizz Fairuz dan Almy Nadia yang tak segan silu mengaku yang mereka berdua memang pasangan kekasih. Rileks jer. Ada jatuh populariti? Tak ada pun. Malah Fizz Fairuz makin banyak berlakon drama lagi adalah. Meletup-letup jugak namanya.

Yang peliknya bila ditanya sama ada si dia iaitu kekasih diorang taknak pulak mengaku. Tapi kalau ada orang mengorat, habis keluar api amarah. Nak marah buat apa kalau anda sendiri yang cakap di suratkhabar si dia bukannya pakwe/makwe anda. Tak gitu?

Kami rasa artis-artis Malaysia ini masih menganggap peminat-peminat mereka berada di mentaliti yang rendah. Kononnya kalau buat pengumuman ada pakwe/makwe, maka populariti akan jatuh merudum. Tak ada orang minat dah.

Jikalau ada artis yang sedang membaca ini, marilah kami bagitau yang kami ini sebenarnya sudah matang belaka. Kami menilai anda dari segi bakat dan mutu lakonan anda. Kami tak kisah pun kalau anda dah ada pakwe ke makwe. Lagi kami suka adalah.

So jangan malu-malu atau segan-segan ye. Atau sebenarnya diorang ada sebab lain untuk merahsiakan perkara-perkara cinta ini?

P.S: Kenapa Muslim? Kenapa?

Written by AbangNara | May 7th, 2010

gambar seram artis malaysia

Fuh ~~ Bila tengok lama-lama tenungan mata si artis kat atas nie, terasa memang betul-betul macam hantu plak. Seram beb!!! Sebijik tue make up dia buat macam hantu dalam filem-filem Malaysia dan Indonesia. Kalau terserempak kat tengah jalan, confirm akan lari pecut 100 meter macam Watson Nyambek.

Tapi sebenarnya hantu di atas ini adalah merupakan seorang artis lelaki yang pernah menjuarai satu program realiti TV. Nak kata femes taklah femes sangat. Nak kata tak femes langsung, ada jugak la kepopularitian dia. Kiranya dia nie standard artis suam-suam kuku jugaklah. Rasa-rasa sapa ek?

Cuba lah teka siapakah sebenarnya artis yang make up sebijik macam hantu nie. Renung dalam-dalam kat mata dia mesti korang akan dapat jawapannya nanti.